Tuesday, 7 June 2016

Projek Tinta Tamadun


Kompilasi Video Mengenai Wawancara Tokoh dan Lawatan ke Muzium

Projek Tinta Tamadun

PROJEK TINTA TAMADUN.

7/6/2016

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kami berjaya projek tinta tamadun yang ditugaskan kepada kami. Walaupun pelbagai dugaan kami hadapi, namun hasil kerjasama dan kesabaran ahli kumpulan, projek ini berjaya siap tepat pada masa. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Uztazah kerana telah membimbing kami dalam membuat projek ini. Melalui projek ini, banyak yang telah saya pelajari  melalui pemerhatian khazanah-khanazah yang terdapat di Muzium Sultan Alam Shah yang kami telah lawati dan juga melalui temubual tokoh iaitu Uztaz Ahmad Fahmi.

Sepanjang usaha menyiapkan projek tinta tamadun ini, banyak perkara yang membuatkan saya terkesan. Antaranya ialah :
  • Tokoh yang kami temubual iaitu Uztaz Fahmi merupakan seorang pemilik Sekolah Rendah Islam Al-Ainani. Beliau merupakan graduan UiTM dalam jurusan undang-undang. Apa yang mengagumkan tentang beliau ialah beliau sanggup meninggalkan bidang beliau (undang-undang) setelah bersusah payah sehingga memperolehi Masters demi menguruskan sekolah atas permintaan ibu bapa beliau. 
  • Selain itu, Uztaz Fahmi juga merupakan seorang anak yang taat dan patuh kepada ibu bapa. Di sini saya sedari bahawa restu ibu bapa amat penting. Tanpa restu mereka, walau setinggi manapun pelajaran dan kekayaan, hidup kita tidak akan tenang dan aman.
  • Muzium yang saya lawati telah banyak memberi manfaat kepada saya. tanpa peninggalan yang tersimpan rapi di muzium, saya dan generasi masa kini tidak akan dapat mempelajari sejarah dan kisah masa lampau. 
Sekian dari saya, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.. :)

Norhamizah Binti A. Manap
2015283582

Projek Tinta Tamadun

7/6/2016

Assalamualaikum w.b.t

Pertama kalinya, alhamdulillah kami dapat siapkan projek ini dengan jayanya. Terima kasih sz kerana membimbing kami dalam membuat projek ini. Dengan adanya projek ini saya rasa banyak memberi kebaikan kepada kami. Bahawa ilmu bukan saja di dalam kelas malah boleh mendapat di luar kelas pembelajaran iaitu dengan membuat pemerhatian di muzium serta menemubual tokoh tersebut.

Apa yang saya dapat dari pojek ini pertamanya,kerjasama dalam kumpulan. Ini dapat dilihat melalui rakan-rakan yang sanggup korbankan cuti mereka untuk lawatan ke muzium.Rakan-rakan yang tidak mengeluh untuk berusaha membuat pemerhatian untuk muzium kali kedua walaupun kami semua telah membuat lawatan di muzium Klang. Rakan-rakan yang sanggup korbankan masa dan segalanya untuk datang dan memberikan kerjasama terbaik untuk membuat projek ini bersama-sama . Bagi saya, masing-masing memberi kerjasama yang terbaik. Terima kasih saya ucapkan tidak terhingga. Dari sini juga , melatih diri saya lebih kepimpinan dan bertaggungjawab. Saya rasa  dengan projek tinta yang saya buat dapat melatih diri untuk menjadikan kerja lebih teratur dan lebih bersikap prihatin terhadap sekeliling.

Rasa bersyukur dan hargai dengan khazanah yang terpelihara di muzium. Tanpa sejarah yang lalu, saya rasa saya tidak tahu apa yang berlaku pada masa lepas kerana sejarah membuatkan kita belajar dari kisah lepas. Keunikan dan kreatifnya pada zaman dahulu membuatkan saya kagum dengan mereka. Melalui tokoh pula, apa yang saya terkesan apabila saya sendiri mempunyai masalah tersendiri dalam istiqamah menjadi yang lebih baik. Kadang-kadang saya rasa saya sendiri lebih teruk terutamanya di sem 2 berbanding sem satu. Apabila ustaz berkata, Allah melihat usaha dalam kita cuba untuk berubah menjadi lebih baik. ''Sesungguhnya keterpaksaan membawa kerelaan'' . Ini yang saya teringat kembali pada zaman sekolah menengah apabila ustaz sendiri memberi nasihat sebegitu. Contohnya,dalam menutup aurat memakai stoking.Waktu sekolah menengah kami diwajibkan untuk memakai stoking setiap kali keluar dari asrama jadi,saya rasa saya memberontak ketika itu tetapi alhamdulillah saya sendiri tidak selesa sekiranya keluar ke mana-mana tidak memakai stoking. Betul lah ''keterpaksaan membawa kerelaan''.

Seterusnya, saya sedar apa yang kita belajar tidak semestinya di luar kita akan menjadi apa yang kita mahu kerana perancangan Allah sentiasa terbaik, Saya berasa kagum kerana ustaz tidak mempersoalkan dan menyalahgunakan ibu bapanya tetapi sebaliknya menyambung legasi ayahnya dalam membangunkan sekolah al-ainani serta bercita-cita tinggi dalam memperkembangkan sekolah ini kepada sekolah kebangsaan dan universiti.

Dari sini juga saya lebih inspirasi dengan sharing oleh kawan-kawan kumpulan lain. Bahawa masing-masing ingin menjadi terbaik agar mendapat keredhaaNya serta SyurgaNya.

Nur Amirah Dalilah Binti Nor Azmi
2015283538

Projek Tinta Tamadun

7 JUN 2016

Assalamualaikum ustazah dan semua sahabat.Alhamdulilah semua kumpulan sudah tamat membentangkan topik yang diamanahkan. Pada minggu ini semua kumpulan akan berkongsi video yang dibuat selama 4 minit mengenai projek tinta tamadun iaitu dari segi muzium dan tokoh dan semua pelajar diberi masa selama seminit untuk membuat refleksi berkenaan projek tinta tamadun tetapi kebanyakan semua lebih daripada seminit.Hehehe.Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi kami semua sudah siap kerja yang diamanahkan oleh ustazah.Walaupun saya akui banyak halangan dan rintangan yang berlaku bermula dari tugas diberi sehinggalah saat akhir untuk menyiapkan kerja.

 Pada awal tugas lagi untuk membentangkan mengenai tamadun Islam lagi kami mempunyai masalah dari segi untuk menyiapkan slide presentation,bahan untuk diberi kepada ustazah dan rakan-rakan lain.Kami mempunyai masa yang amat sedikit berbanding kumpulan lain kerana pada minggu tersebut banyak program sehingga ke pagi sabtu masih ada program kerana kami merupakan kumpulan yang pertama membentang. Pada hujung minggu tersebut kami pulang ke rumah Hazliana(yana) untuk menemannya pulang kerana sudah lama tidak pulang.Kami menggunakan kesempatan masa itu untuk membincangkan topik tamadun Islam untuk dibentangkan pada hari selasa minggu tersebut.Kami melakukan kerja tanpa Norhamizah(Mija) kerana dia tidak ikut pulang tapi kami semua tetap berkerjasama.Kami memberi tugas kepadanya untuk melakukan kajian berkenaan isu-isu semasa untuk dikongsi di dalam kelas.Pada malam tersebut kami semua tidur lewat pagi untuk menyiapkan slide.Terima kasih tidak terhingga kepada Amira(mira) kerana didalam kereta perjalanan pulang ke UiTM pun masih bertungkus lumus mengedit slide.Terima kasih juga kepada Aina dan farah kerana menyiapkan mindmap untuk dikongsi dalam kelas.Pada pagi selasa(29/3/2016) untuk saya ingin memprint bahan tersebut tetapi mempunyai masalah menyebabkan terpaksa datang kelas lambat sedikit.Tetapi syukur kepada Allah kerana telah mempermudahkan urusan kami pada hari tersebut dengan berkat kerjasama daripada ahli kumpulan.

Setelah selesai pembentangan kumpulan kami semua mula fokus kepada projek tinta tamadun.Kami merancang perkara yang perlu dilakukan.Kami semua setuju dengan cadangan aina untuk pilih Ustaz Ahmad Fahmi Bin Hanapiah sebagai tokoh yang bakal kami soal iaitu di sekolah aina pada masa dahulu.Kami semua merancang untuk menyiapkan menemubual tokoh dan melawat muzium selepas naik cuti mid sem. Sekali lagi kami menghadapi cabaran semasa dalam perjalanan untuk menembual tokoh kerana kami telah bertolak lambat dari masa yang dirancang asal yang menyebabkan kami semua lambat sampai di sekolah tersebut tetapi alhamdulilah mungkin Allah ingin membantu kami kerana setelah sampai kami diberitahu oleh aina bahawa terpaksa dilewatkan sedikit masa untuk berjumpa ustaz kerana ustaz perlu membawa ayahnya ke hospital.Dalam pada masa tersebut kami semua telah membuat keputusan untuk ke Galeri Diraja Klang tanpa dirancang kerana kami merancang untuk pergi keesokkan harinya tetapi terpaksa memanfaat masa yang ada kerana takut tidak sempat esok harinya kerana aina ada hal. Setelah sampai di galeri kami sedikit berasa hampa kerana tidak dibenarkan mengambil gambar sebagai bahan rujukan dan diberitahu masa yang kami anda hanya 40 minit kerana muzium sudah nak ditutup.Alhamdulilah kami sempat melawat sedikit di galeri tersebut dan telah menyedarkan saya mengenai khazanah yang tinggal.Bertapa rasa kerdilnya saya pada masa itu kerana banyak yang saya perolehi.

Setelah selesai melawat galeri kami berpatah balik untuk menemubual ustaz.Pada mula-mula masuk ke sekolah tersebut sudah terdetik dalam diri saya bertapa kerdilnya saya kerana pada usia muda kanak-kanak itu mereka sudah diberi didikan dalam bidang agama dan saya dapat melihat pelajar-pelajar bersolat berjemaah sebelum pulang.Allahu sejuknya mata memandang. Perkara yang paling terkesan sekali hasil temubual ustaz ialah sikap ustaz yang lebih mementingkan restu ibubapanya dalam semua perkara kerana keredhaan ibubapa itu sangat penting.Ustaz Ahmad Fahmi sanggup meninggalkan bidang yang diminati dan dipelajari iaitu bidang undang-undang walaupun ustaz sudah mempunyai master tetapi beliau lebih memilihi untuk menyambung legasi ayahnya. Bukan senang untuk ustaz membangunkan sekolah tersebut kerana beliau telah melakukan kaji selidik dari rumah ke rumah mengenai pandangan ibubapa terhadap sekolah agama.Beliau sanggup turun naik ke pelbagai pejabat untuk memohon tanah untuk dibina sekolah tersebut.Sikap beliau yang tidak mudah putus asa,rajin dan mementingkan restu menyebabkan sekarang beliau telah berjaya mempunyai sekolah rendah agama dan tadika sendiri.Alhamdulilah.Alhamdulilah.Alhamdulilah.Malah ustaz tidak hanya berhenti sehingga itu,ustaz juga berhasrat untuk mengumpulkan semula semua alumni sekolah Ainani untuk mengembangkan sekolah tersebut keperingkat lebih tinggi sehingga universiti.
Semoga segala harapan ustaz tercapai.

Terima kasih diucapkan kepada hamizah,hazliana dan amirah kerana sanggup pulang awal berkorban masa bercuti bersama keluarga untuk turut sama-sama ke muzium alam shah untuk mengumpul maklumat yang terbaru.Sebelum pergi ke situ amirah telah membuat kajian mengenai hal untuk mengambil gambar.Alhamdulilah perjalanan kami ke muzium dipermudahkan walaupun sesat kerana tidak yakin jalan masuk ke muzium.Alhamdulilah kami amat bertuah kerana ada pekerja muzium tersebut yang sudi menerangkan serba sedikit kepada kami.

Terima kasih kepada ustazah kerana telah memberi kami tugas ini kepada kami kerana telah banyak yang saya pelajari diluar kelas.Terima kasih juga kepada semua sahabat kerana sanggup berkorban masa dan sudi membawa saya jalan-jalan ke tempat lain setiap kali buat kerja luar kerana ini peluang saya berjalan di tempat orang.

Kesimpulan yang saya boleh buat ialah
-Sikap kerjasama dari ahli kumpulan yang amat penting kerana tanpa kerjasama semua kerja tidak akan selesai dengan mudah.
-Jangan mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu.

SEKIAN TERIMA KASIH

SITI KHADIJAH BT JAMIL
2015250022

Projek Tinta Tamadun


PROJEK TINTA TAMADUN

Assalamualaikum w.b.t

Bersyukur kehadrat ilahi kerana kami berjaya menyempurnakan projek tinta tamadun ini. Walaupun banyak halangan dan cabaran yang telah kami hadapi sepanjang perjalanan untuk menyempurnakan projek ini, namun berkat kesabaran dan kerjasama dari semua pihak, projek ini dapat disemprnakan jua. Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustazah kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan tidak pernah bosan melayan karenah kami.

Telah banyak ilmu yang saya perolehi sepanjang berjalannya projek tinta tamadun ini. Dan dari sini, saya dapat mempelajari bahawa untuk menimba ilmu, tidak semestinya hanya di dalam kelas, akan tetapi diluar daripada kelas juga kita boleh mendapatkan pelbagai ilmu. Seperti mana yang kita semua tahu, bidang ilmu merupakan bidang yang sangat luas. Tiada had untuk sesiapa pun untuk mempelajari ilmu, tidak kira dimana kita berada.

Tidak dapat disangkal, kami mempunyai pelbagai masalah bagi menyelesaikan projek ini, bermula dengan pemilihan muzium itu tersendiri. Kami menghadapi masalah pada pemilihan muzium yang pertama kerana pihak muzium tersebut tidak membenarkan kami untuk mengambil gambar sebagai bukti rujukan. Namun tiada siapa yang tahu tentang perancangan Allah, kami dengan mudahnya mendapatkan informasi daripada muzium yang kedua yang kami lawati. Walaupun kami terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga, namun semangat yang ada pada semua ahli kumpulan itulah telah menjadikan projek ini lebih sempurna.

Sepanjang menjalankan projek tinta tamadun ini, saat yang paling banyak memberikan kesan kepada saya adalah ketika kami menemubual tokoh iaitu Ustaz Fahmi. Beliau telah banyak memberikan inspirasi kepada saya, terutamanya tentang kejayaan. Saya begitu mengagumi beliau kerana beliau sanggup mengorbankan cita-cita beliau untuk menjadi seorang peguam,semata-mata hanya untuk menunaikan hasrat ayahnya supaya beliau mengambil alih sekolah yang telah didirikan. Kita sendiri rasanya tidak mampu untuk menunaikan hasrat yang sebegitu rupa. Namun,kata-kata ustaz Fahmi telah mengubah pandangan saya secara keseluruhannya. Beliau berkata, tidak salah jika kita sebagai seorang anak berkorban untuk ibu bapa, kerana ianya lebih berkat begitu. Segala kehendak dan keinginan kita telah ibubapa kita penuhi sejak kita masih kecil lagi, lagipun rezeki ada dimana-mana. Keredhaan daripada Allah itu yang paling penting. 

Tiada seorang manusia pun yang sempurna di muka bumi ini, akan tetapi, jika kita berusaha untuk mencari dan menuntut ilmu, kita akan mula untuk menyempurnakan diri kita.



NURHAZLIANA BINTI HASSAN
2015283288

Projek Tinta Tamadun



7/6/2016

Assalamualaikum wbt,

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terkira kepada sz kerana memberi peluang kepada kami untuk menimba ilmu yang tidak dapat dengan hanya kuliah di dalam kelas. Sz telah banyak membuka mata saya bahawa ilmu ini bukan hanya boleh didapatkan di dalam kelas malah dimana-mana sahaja asalkan ianya sesuatu yang bermanfaat kepada individu dan masyarakat.

    Saya juga ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli kumpulan saya kerana bersungguh-sungguh bertungkus lumus dalam menyiapkan projek tinta tamadun ini. Saya juga ingin meminta maaf sekiranya terdapat kekurangan di dalam diri saya sepanjang kita menyiapkan projek tinta tamadun ini terutama sekali kerana tidak dapat bersama-sama membuat lawatan ke muzium di atas kekangan jarak.

Apa yang ingin saya kongsikan sepanjang menjalankan projek tinta tamadun ini ialah:

1. Sifat bekerjasama dan muafakat dalam sesebuah kumpulan. Tanpa kerjasama yang jitu daripada kami, kami tidak akan dapat menyiapkan projek tinta tamadun ini dengan jayanya di bawah keizinan Allah SWT.

2. Apa yang paling saya terkesan ialah apabila sekumpulan pelajar Sekolah Rendah Al-Ainani beranggapan bahawa saya adalah ustazah baru yang akan mengajar di sekolah tersebut. Mungkin dari luarannya kelihatan begitu tetapi yang sebenarnya saya tidak banyak ilmu dalam bidang agama. Hati saya terdetik nak tunggu sampai bila baru bersungguh-sungguh dalam menuntu ilmu agama, di alam rumahtangga nanti (in shaa Allah) adakah saya mampu untuk mendidik anak-anak saya mengikut acuan islam. Adakah hasil dari didikan saya mereka mampu menolong masyarakat yang semakin tenat dengan penyakit dan menyelamatkan saya di alam akhirat. Oleh itu saya berazam bahawa selepas ini saya perlu bersungguh-sungguh dalam menuntut apa jua ilmu khususnya ilmu agama.

3. Selain itu, sewaktu dalam perjalanan ke Galeri Di Raja Selangor, kami tersesat jalan kerana tiada sesiapa yang mengenali lokasi sebenar galeri ersebut dan kami menggunakan aplikasi waze. Sewaktu tersesat itu, hati saya terdetik begitu juga dengan kehidupan kita. Apabila kita mengambil dan memilih jalan yang salah seperti kita mengambil fahaman wahabi dan syiah kerana menginginkan jalan singkat ke syurga, kita tidak akan sampai ke destinasi yang betul iaitu syurga dan kita tidak akan dapat mencapai tujuan kita hidup iaitu menjadi khalifah di atas muka bumi selaras dengan perjanjian yang kita buat dengan Allah SWT pada alam roh.

FARAH ATIQAH BINTI ZAID @ MANSOR
2015218118