7 JUN 2016
Assalamualaikum ustazah dan semua sahabat.Alhamdulilah semua kumpulan sudah tamat membentangkan topik yang diamanahkan. Pada minggu ini semua kumpulan akan berkongsi video yang dibuat selama 4 minit mengenai projek tinta tamadun iaitu dari segi muzium dan tokoh dan semua pelajar diberi masa selama seminit untuk membuat refleksi berkenaan projek tinta tamadun tetapi kebanyakan semua lebih daripada seminit.Hehehe.Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi kami semua sudah siap kerja yang diamanahkan oleh ustazah.Walaupun saya akui banyak halangan dan rintangan yang berlaku bermula dari tugas diberi sehinggalah saat akhir untuk menyiapkan kerja.
Pada awal tugas lagi untuk membentangkan mengenai tamadun Islam lagi kami mempunyai masalah dari segi untuk menyiapkan slide presentation,bahan untuk diberi kepada ustazah dan rakan-rakan lain.Kami mempunyai masa yang amat sedikit berbanding kumpulan lain kerana pada minggu tersebut banyak program sehingga ke pagi sabtu masih ada program kerana kami merupakan kumpulan yang pertama membentang. Pada hujung minggu tersebut kami pulang ke rumah Hazliana(yana) untuk menemannya pulang kerana sudah lama tidak pulang.Kami menggunakan kesempatan masa itu untuk membincangkan topik tamadun Islam untuk dibentangkan pada hari selasa minggu tersebut.Kami melakukan kerja tanpa Norhamizah(Mija) kerana dia tidak ikut pulang tapi kami semua tetap berkerjasama.Kami memberi tugas kepadanya untuk melakukan kajian berkenaan isu-isu semasa untuk dikongsi di dalam kelas.Pada malam tersebut kami semua tidur lewat pagi untuk menyiapkan slide.Terima kasih tidak terhingga kepada Amira(mira) kerana didalam kereta perjalanan pulang ke UiTM pun masih bertungkus lumus mengedit slide.Terima kasih juga kepada Aina dan farah kerana menyiapkan mindmap untuk dikongsi dalam kelas.Pada pagi selasa(29/3/2016) untuk saya ingin memprint bahan tersebut tetapi mempunyai masalah menyebabkan terpaksa datang kelas lambat sedikit.Tetapi syukur kepada Allah kerana telah mempermudahkan urusan kami pada hari tersebut dengan berkat kerjasama daripada ahli kumpulan.
Setelah selesai pembentangan kumpulan kami semua mula fokus kepada projek tinta tamadun.Kami merancang perkara yang perlu dilakukan.Kami semua setuju dengan cadangan aina untuk pilih Ustaz Ahmad Fahmi Bin Hanapiah sebagai tokoh yang bakal kami soal iaitu di sekolah aina pada masa dahulu.Kami semua merancang untuk menyiapkan menemubual tokoh dan melawat muzium selepas naik cuti mid sem. Sekali lagi kami menghadapi cabaran semasa dalam perjalanan untuk menembual tokoh kerana kami telah bertolak lambat dari masa yang dirancang asal yang menyebabkan kami semua lambat sampai di sekolah tersebut tetapi alhamdulilah mungkin Allah ingin membantu kami kerana setelah sampai kami diberitahu oleh aina bahawa terpaksa dilewatkan sedikit masa untuk berjumpa ustaz kerana ustaz perlu membawa ayahnya ke hospital.Dalam pada masa tersebut kami semua telah membuat keputusan untuk ke Galeri Diraja Klang tanpa dirancang kerana kami merancang untuk pergi keesokkan harinya tetapi terpaksa memanfaat masa yang ada kerana takut tidak sempat esok harinya kerana aina ada hal. Setelah sampai di galeri kami sedikit berasa hampa kerana tidak dibenarkan mengambil gambar sebagai bahan rujukan dan diberitahu masa yang kami anda hanya 40 minit kerana muzium sudah nak ditutup.Alhamdulilah kami sempat melawat sedikit di galeri tersebut dan telah menyedarkan saya mengenai khazanah yang tinggal.Bertapa rasa kerdilnya saya pada masa itu kerana banyak yang saya perolehi.
Setelah selesai melawat galeri kami berpatah balik untuk menemubual ustaz.Pada mula-mula masuk ke sekolah tersebut sudah terdetik dalam diri saya bertapa kerdilnya saya kerana pada usia muda kanak-kanak itu mereka sudah diberi didikan dalam bidang agama dan saya dapat melihat pelajar-pelajar bersolat berjemaah sebelum pulang.Allahu sejuknya mata memandang. Perkara yang paling terkesan sekali hasil temubual ustaz ialah sikap ustaz yang lebih mementingkan restu ibubapanya dalam semua perkara kerana keredhaan ibubapa itu sangat penting.Ustaz Ahmad Fahmi sanggup meninggalkan bidang yang diminati dan dipelajari iaitu bidang undang-undang walaupun ustaz sudah mempunyai master tetapi beliau lebih memilihi untuk menyambung legasi ayahnya. Bukan senang untuk ustaz membangunkan sekolah tersebut kerana beliau telah melakukan kaji selidik dari rumah ke rumah mengenai pandangan ibubapa terhadap sekolah agama.Beliau sanggup turun naik ke pelbagai pejabat untuk memohon tanah untuk dibina sekolah tersebut.Sikap beliau yang tidak mudah putus asa,rajin dan mementingkan restu menyebabkan sekarang beliau telah berjaya mempunyai sekolah rendah agama dan tadika sendiri.Alhamdulilah.Alhamdulilah.Alhamdulilah.Malah ustaz tidak hanya berhenti sehingga itu,ustaz juga berhasrat untuk mengumpulkan semula semua alumni sekolah Ainani untuk mengembangkan sekolah tersebut keperingkat lebih tinggi sehingga universiti.
Semoga segala harapan ustaz tercapai.
Terima kasih diucapkan kepada hamizah,hazliana dan amirah kerana sanggup pulang awal berkorban masa bercuti bersama keluarga untuk turut sama-sama ke muzium alam shah untuk mengumpul maklumat yang terbaru.Sebelum pergi ke situ amirah telah membuat kajian mengenai hal untuk mengambil gambar.Alhamdulilah perjalanan kami ke muzium dipermudahkan walaupun sesat kerana tidak yakin jalan masuk ke muzium.Alhamdulilah kami amat bertuah kerana ada pekerja muzium tersebut yang sudi menerangkan serba sedikit kepada kami.
Terima kasih kepada ustazah kerana telah memberi kami tugas ini kepada kami kerana telah banyak yang saya pelajari diluar kelas.Terima kasih juga kepada semua sahabat kerana sanggup berkorban masa dan sudi membawa saya jalan-jalan ke tempat lain setiap kali buat kerja luar kerana ini peluang saya berjalan di tempat orang.
Kesimpulan yang saya boleh buat ialah
-Sikap kerjasama dari ahli kumpulan yang amat penting kerana tanpa kerjasama semua kerja tidak akan selesai dengan mudah.
-Jangan mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu.
SEKIAN TERIMA KASIH
SITI KHADIJAH BT JAMIL
2015250022
No comments:
Post a Comment