7/6/2016
Assalamualaikum w.b.t
Pertama kalinya, alhamdulillah kami dapat siapkan projek ini dengan jayanya. Terima kasih sz kerana membimbing kami dalam membuat projek ini. Dengan adanya projek ini saya rasa banyak memberi kebaikan kepada kami. Bahawa ilmu bukan saja di dalam kelas malah boleh mendapat di luar kelas pembelajaran iaitu dengan membuat pemerhatian di muzium serta menemubual tokoh tersebut.
Apa yang saya dapat dari pojek ini pertamanya,kerjasama dalam kumpulan. Ini dapat dilihat melalui rakan-rakan yang sanggup korbankan cuti mereka untuk lawatan ke muzium.Rakan-rakan yang tidak mengeluh untuk berusaha membuat pemerhatian untuk muzium kali kedua walaupun kami semua telah membuat lawatan di muzium Klang. Rakan-rakan yang sanggup korbankan masa dan segalanya untuk datang dan memberikan kerjasama terbaik untuk membuat projek ini bersama-sama . Bagi saya, masing-masing memberi kerjasama yang terbaik. Terima kasih saya ucapkan tidak terhingga. Dari sini juga , melatih diri saya lebih kepimpinan dan bertaggungjawab. Saya rasa dengan projek tinta yang saya buat dapat melatih diri untuk menjadikan kerja lebih teratur dan lebih bersikap prihatin terhadap sekeliling.
Rasa bersyukur dan hargai dengan khazanah yang terpelihara di muzium. Tanpa sejarah yang lalu, saya rasa saya tidak tahu apa yang berlaku pada masa lepas kerana sejarah membuatkan kita belajar dari kisah lepas. Keunikan dan kreatifnya pada zaman dahulu membuatkan saya kagum dengan mereka. Melalui tokoh pula, apa yang saya terkesan apabila saya sendiri mempunyai masalah tersendiri dalam istiqamah menjadi yang lebih baik. Kadang-kadang saya rasa saya sendiri lebih teruk terutamanya di sem 2 berbanding sem satu. Apabila ustaz berkata, Allah melihat usaha dalam kita cuba untuk berubah menjadi lebih baik. ''Sesungguhnya keterpaksaan membawa kerelaan'' . Ini yang saya teringat kembali pada zaman sekolah menengah apabila ustaz sendiri memberi nasihat sebegitu. Contohnya,dalam menutup aurat memakai stoking.Waktu sekolah menengah kami diwajibkan untuk memakai stoking setiap kali keluar dari asrama jadi,saya rasa saya memberontak ketika itu tetapi alhamdulillah saya sendiri tidak selesa sekiranya keluar ke mana-mana tidak memakai stoking. Betul lah ''keterpaksaan membawa kerelaan''.
Seterusnya, saya sedar apa yang kita belajar tidak semestinya di luar kita akan menjadi apa yang kita mahu kerana perancangan Allah sentiasa terbaik, Saya berasa kagum kerana ustaz tidak mempersoalkan dan menyalahgunakan ibu bapanya tetapi sebaliknya menyambung legasi ayahnya dalam membangunkan sekolah al-ainani serta bercita-cita tinggi dalam memperkembangkan sekolah ini kepada sekolah kebangsaan dan universiti.
Dari sini juga saya lebih inspirasi dengan sharing oleh kawan-kawan kumpulan lain. Bahawa masing-masing ingin menjadi terbaik agar mendapat keredhaaNya serta SyurgaNya.
Nur Amirah Dalilah Binti Nor Azmi
2015283538
No comments:
Post a Comment