PROJEK TINTA TAMADUN.
7/6/2016
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah kami berjaya projek tinta tamadun yang ditugaskan kepada kami. Walaupun pelbagai dugaan kami hadapi, namun hasil kerjasama dan kesabaran ahli kumpulan, projek ini berjaya siap tepat pada masa. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Uztazah kerana telah membimbing kami dalam membuat projek ini. Melalui projek ini, banyak yang telah saya pelajari melalui pemerhatian khazanah-khanazah yang terdapat di Muzium Sultan Alam Shah yang kami telah lawati dan juga melalui temubual tokoh iaitu Uztaz Ahmad Fahmi.
Sepanjang usaha menyiapkan projek tinta tamadun ini, banyak perkara yang membuatkan saya terkesan. Antaranya ialah :
- Tokoh yang kami temubual iaitu Uztaz Fahmi merupakan seorang pemilik Sekolah Rendah Islam Al-Ainani. Beliau merupakan graduan UiTM dalam jurusan undang-undang. Apa yang mengagumkan tentang beliau ialah beliau sanggup meninggalkan bidang beliau (undang-undang) setelah bersusah payah sehingga memperolehi Masters demi menguruskan sekolah atas permintaan ibu bapa beliau.
- Selain itu, Uztaz Fahmi juga merupakan seorang anak yang taat dan patuh kepada ibu bapa. Di sini saya sedari bahawa restu ibu bapa amat penting. Tanpa restu mereka, walau setinggi manapun pelajaran dan kekayaan, hidup kita tidak akan tenang dan aman.
- Muzium yang saya lawati telah banyak memberi manfaat kepada saya. tanpa peninggalan yang tersimpan rapi di muzium, saya dan generasi masa kini tidak akan dapat mempelajari sejarah dan kisah masa lampau.
Sekian dari saya, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.. :)
Norhamizah Binti A. Manap
2015283582
No comments:
Post a Comment