PROJEK TINTA TAMADUN
Assalamualaikum w.b.t
Bersyukur kehadrat ilahi kerana kami berjaya menyempurnakan projek tinta tamadun ini. Walaupun banyak halangan dan cabaran yang telah kami hadapi sepanjang perjalanan untuk menyempurnakan projek ini, namun berkat kesabaran dan kerjasama dari semua pihak, projek ini dapat disemprnakan jua. Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustazah kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan tidak pernah bosan melayan karenah kami.
Telah banyak ilmu yang saya perolehi sepanjang berjalannya projek tinta tamadun ini. Dan dari sini, saya dapat mempelajari bahawa untuk menimba ilmu, tidak semestinya hanya di dalam kelas, akan tetapi diluar daripada kelas juga kita boleh mendapatkan pelbagai ilmu. Seperti mana yang kita semua tahu, bidang ilmu merupakan bidang yang sangat luas. Tiada had untuk sesiapa pun untuk mempelajari ilmu, tidak kira dimana kita berada.
Tidak dapat disangkal, kami mempunyai pelbagai masalah bagi menyelesaikan projek ini, bermula dengan pemilihan muzium itu tersendiri. Kami menghadapi masalah pada pemilihan muzium yang pertama kerana pihak muzium tersebut tidak membenarkan kami untuk mengambil gambar sebagai bukti rujukan. Namun tiada siapa yang tahu tentang perancangan Allah, kami dengan mudahnya mendapatkan informasi daripada muzium yang kedua yang kami lawati. Walaupun kami terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga, namun semangat yang ada pada semua ahli kumpulan itulah telah menjadikan projek ini lebih sempurna.
Sepanjang menjalankan projek tinta tamadun ini, saat yang paling banyak memberikan kesan kepada saya adalah ketika kami menemubual tokoh iaitu Ustaz Fahmi. Beliau telah banyak memberikan inspirasi kepada saya, terutamanya tentang kejayaan. Saya begitu mengagumi beliau kerana beliau sanggup mengorbankan cita-cita beliau untuk menjadi seorang peguam,semata-mata hanya untuk menunaikan hasrat ayahnya supaya beliau mengambil alih sekolah yang telah didirikan. Kita sendiri rasanya tidak mampu untuk menunaikan hasrat yang sebegitu rupa. Namun,kata-kata ustaz Fahmi telah mengubah pandangan saya secara keseluruhannya. Beliau berkata, tidak salah jika kita sebagai seorang anak berkorban untuk ibu bapa, kerana ianya lebih berkat begitu. Segala kehendak dan keinginan kita telah ibubapa kita penuhi sejak kita masih kecil lagi, lagipun rezeki ada dimana-mana. Keredhaan daripada Allah itu yang paling penting.
Tiada seorang manusia pun yang sempurna di muka bumi ini, akan tetapi, jika kita berusaha untuk mencari dan menuntut ilmu, kita akan mula untuk menyempurnakan diri kita.
NURHAZLIANA BINTI HASSAN
2015283288
No comments:
Post a Comment