7/6/2016
Assalamualaikum wbt,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih yang
tidak terkira kepada sz kerana memberi peluang kepada kami untuk menimba ilmu
yang tidak dapat dengan hanya kuliah di dalam kelas. Sz telah banyak membuka
mata saya bahawa ilmu ini bukan hanya boleh didapatkan di dalam kelas malah
dimana-mana sahaja asalkan ianya sesuatu yang bermanfaat kepada individu dan
masyarakat.
Saya juga ingin
mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli kumpulan saya kerana
bersungguh-sungguh bertungkus lumus dalam menyiapkan projek tinta tamadun ini.
Saya juga ingin meminta maaf sekiranya terdapat kekurangan di dalam diri saya
sepanjang kita menyiapkan projek tinta tamadun ini terutama sekali kerana tidak
dapat bersama-sama membuat lawatan ke muzium di atas kekangan jarak.
Apa yang ingin saya kongsikan sepanjang menjalankan projek
tinta tamadun ini ialah:
1. Sifat bekerjasama dan muafakat dalam sesebuah kumpulan.
Tanpa kerjasama yang jitu daripada kami, kami tidak akan dapat menyiapkan
projek tinta tamadun ini dengan jayanya di bawah keizinan Allah SWT.
2. Apa yang paling saya terkesan ialah apabila sekumpulan
pelajar Sekolah Rendah Al-Ainani beranggapan bahawa saya adalah ustazah baru
yang akan mengajar di sekolah tersebut. Mungkin dari luarannya kelihatan begitu
tetapi yang sebenarnya saya tidak banyak ilmu dalam bidang agama. Hati saya
terdetik nak tunggu sampai bila baru bersungguh-sungguh dalam menuntu ilmu
agama, di alam rumahtangga nanti (in shaa Allah) adakah saya mampu untuk
mendidik anak-anak saya mengikut acuan islam. Adakah hasil dari didikan saya
mereka mampu menolong masyarakat yang semakin tenat dengan penyakit dan
menyelamatkan saya di alam akhirat. Oleh itu saya berazam bahawa selepas ini
saya perlu bersungguh-sungguh dalam menuntut apa jua ilmu khususnya ilmu agama.
3. Selain itu, sewaktu dalam perjalanan ke Galeri Di Raja
Selangor, kami tersesat jalan kerana tiada sesiapa yang mengenali lokasi
sebenar galeri ersebut dan kami menggunakan aplikasi waze. Sewaktu tersesat
itu, hati saya terdetik begitu juga dengan kehidupan kita. Apabila kita
mengambil dan memilih jalan yang salah seperti kita mengambil fahaman wahabi
dan syiah kerana menginginkan jalan singkat ke syurga, kita tidak akan sampai
ke destinasi yang betul iaitu syurga dan kita tidak akan dapat mencapai tujuan
kita hidup iaitu menjadi khalifah di atas muka bumi selaras dengan perjanjian
yang kita buat dengan Allah SWT pada alam roh.
FARAH ATIQAH BINTI ZAID @ MANSOR
2015218118
No comments:
Post a Comment