Tuesday, 7 June 2016

Projek Tinta Tamadun

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum w.b.t.

Pada hari ini apa yang saya ingin berkongsi dan apa yang paling terkesan sekali kepada diri saya sepanjang menjalankan projek tinta tamadun ialah yang pertama sekali belajar erti kesabaran. Untuk menemuramah tokoh saya telah pergi ke sekolah rendah agama Al-Ainani untuk membuat appointment pada hari jumaat 22 april 2016. Pada hari tersebut satu kumpulan datang ke Klang menaiki kereta Yana untuk interview tokoh dan semasa perjalanan mereka ada tersesat jalan, waktu tu dah cemas sebab appoinment pukul 3 ptg tapi 3 ptg masih tak sampai2 lagi. Secara kebetulan Ustaz Fahmi yang ingin kami menemuramah call saya dan memberitahu bahawa interview tersebut terpakksa dilewatkan kerana dia terpaksa membawa ayahnya ke hospital kerana sakit. Apabila rakan sekumpulan dah sampai saya terpaksa tukar plan untuk ke galeri diraja yang terletak di Kampung jawa, Klang. Sepatutnya kami ingin ke muzium pada hari sabtu. Pada waktu tersebut kami ada kurang dari 40 minit untuk pusing galeri tersebut dan catat apa yang boleh dan apabila kami ingin mengambil gambar kami diberitahu bahawa di galeri terbabit tidak boleh mengambil gambar sama sekali kecuali ada surat yang telah di fakskan. Pada waktu itu, saya dan kawan-kawan sedikit hampa kerana kami tiada bukti yang menujukkan kami telah datang dan melawat muzium. Dan selepas pergi muzium kami terus menuju semula ke sekolah agama Al-ainani untuk berjumpa dan interview tokoh. Kami interview Ustaz Fahmi dari pukul 5.15-7.30 ptg. Walaupun perut lapar yang amat kerana tidak sempat makan kami tetap mendahulukan solat terlbih dahulu di surau sebelah sekolah dan selepas itu baru dapat makan. Oleh yang demikian, saya telah mepelajari erti kesabaran.

Selain itu, apa yang saya terkesan ialah Ustaz Fahmi seorang anak yang taat kepada kedua Ibu bapa dan mementingkan restu ibu bapa untuk dia berjaya. Ustaz Fahmi sanggup meninggalkan master dalam Law demi meneruskan permintaan ayahnya untuk meneruskan legasi sekolah itu. Ustaz Fahmi memberitahu kami yang untuk berjaya taat kepada ibu bapa adalah penting. Sentiasa mengutamakan mereka dan sebagai anak kena mengenang jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban demi kita. Pada masa yang sama, Ustaz Fahmi akan memastikan dia dan keluarga akan makan bersama-sama sekurang-kurangnya sekali seminggu. Ustaz Fahmi telah ikut ayahnya mengajar dari kecil lagi. Semasa Ustaz Fahmi belajar jika ada waktu cuti atau masa terluang Ustaz Fahmi akan  pergi menolong ayahnya di sekolah. Dan Ustaz Fahmi sanggup duduk serumah dengan ibu dan ayahnya walaupun dia telah berkeluarga anak empat orang kerana adik beradik yang lain tinggal jauh-jauh. Oleh itu, kita boleh lihat bahawa walaupun Ustaz Fahmi adalah anak lelaki tetapi masih juga mementingkan hubungan dengan ibu bapa dan mendengar kata.

Akhir sekali, apa yang saya terkesan ialah erti berusaha dan tidak mudah putus asa. Pada waktu dulu, ketika saya bersekolah di sekolah agama al-ainani sekolahnya adalah di kawasan kedai-kedai ditengah-tengah perniaga cina. Walaupun begitu, ia tidak menjatuhkan langsung atau menganggu sama sekali sekolah agama yang bersebelahan dengan perniaga cina. Tetapi sekarang Ustaz Fahmi telah membangunkan sekolah tersebut dengan tanah sendiri yang dibeli di sebelah surau. Ustaz Fahmi beritahu yang bukan senang untuk mendapat tanah tersebut terpaksa berjumpa dengan ramai orang naik turun atas sehingga lah sekarang telah ada bangunan sendiri dan dengan kemudahan yang disediakan sangat kondusif dan selesa. Ustaz Fahmi telah membuka satu sekolah agama yang mempunyai taska dan sekolah rendah sekali dan bangunan sekolah ini adalah direka mengikut arah kiblat. jdi murid-murid akan belajar dalam keaadaan menghadap kiblat dan mudah untuk mengerjakan solat bila tiba waktu solat. Dan dalam perancangan Ustaz Fahmi ingin mengumpulkan semua alumni-alumni sekolah al-ainani untuk membantunya mengembangkan sekolah al-ainani menjadi sekolah menengah dan universiti pada suatu hari nanti. Ustaz Fahmi ingin membuka sekolah ini untuk membantu orang Islam kita dan memberikan peluang pekerjaan kepada ustaz dan ustazah di luar sana yang mempunyai ilmu tentang skop pembelajaran sekolah agama untuk mereka mengajar di sekolah al-ainani.

Saya sebagai bekas pelajar di sekolah rendah al-ainani sangat terinspirasi dengan tokoh yang kami interview iaitu Ustaz Fahmi kerana beliau seorang anak yang taat, tidak lupa pengorbanan ibu bapa, mementingkan keluarga, mementingkan masayarakat sekeliling, membuka sekolah yang kondusif untuk murid-murid selesa, membantu orang lain, seorang yang penyabar, rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa.

AINA FAQIHAH BINTI MD SEHAIMI
2015686392

No comments:

Post a Comment