Tuesday, 24 May 2016

Refleksi Mingguan Tamadun Barat (ii)

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.

Pada hari ini saya ingin berkongsi apa yang saya pelajari adalah dialog peradaban dalam tamadun barat. Kepentingan dialog dapat memupuk semangat perpaduan, menghargai budaya kaum lain, kenalpasti kekuatan dan kelemahan diri dan kenalpasi anasir-anasir luar barat. Langkah-langkah memperkembangkan dialog adalah dengan media massa, institusi pendidikan, pertubuhan agama dan sosial dan pihak kerajaan. Isu-isu semasa dialog peradaban: interaksi antara peradaban yang terhad, perebutan kuasa politik dan ekonomi, kejahilan tentang tamadun lain, dan persepsi atau tanggapan yang salah terhadap sesuatu peradaban.

1. ALLAH itu tunggal, maha melihat dan mendengar
2. ALLAH yang menciptakan semua manusia di bumi
3. ALLAH tidak beranak mahupun tidak diperanakkan.
4. ALLAH tidak boleh dilihat tetapi ada di mana-mana sahaja
5. ALLAH mengambarkan sifat-sifat alam yang tiada zat atau rupa
6. ALLAH sangat keras kerana bersifat menyesatkan pada orang-orang yang anti Islam dan beri hidayah pada orang yang mencari dan perlukan.
"ALLAH yang membaikkan kita"

Cara-cara untuk kurangkan salah faham dengan agama atau kaum lain dengan cara mengadakan dialog peradaban, mengamalkan gaya hidup Islam yang sebenar dan beri didikan dari awal. Jihad adalah sangat penting untuk setiap individu. Jihad bukan sahaja membantu peperangan malah jihad sangat luas dari segi berjihad menuntut ilmu, jihad melawan hawa nafsu, jihad tinggalkan larangan dan lain-lain. Halangan dalam berjihad adalah kerana umat Islam lebih mementingkan diri sendiri dan terlalu asyik dengan kehidupan dunia dan takut untuk mati demi agama.  Pada masa yang sama, pemimpin yang lemah, kurang semangat untuk berjihad.

SZ menekankan bahawa "pentingnya zikir untuk manusia akhir zaman" , "berniaga untuk faham tauhid ini macam mana sebenarnya untuk lebih faham" dan "selesa dengan kejahilan adalah malapetaka yang besar "

AINA FAQIHAH BINTI MD SEHAIMI
2015686392

No comments:

Post a Comment