1. Dakwah Secara Rahsia
-Turunnya wahyu pertama, Rasulullah berdakwah untuk Islam secara rahsia dan sembunyi di Makkah. Nabi Muhammad SAW menyampaikan dakwah kpd orang terdekat iaitu di kalangan ahli keluar dan teman-temannya.
-Berlaku selama 3 tahun dan tempat berkumpulnya umat Islam pada waktu itu di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam.
-Bilagan memeluk Islam mecapai 40 orang dan kebanyakan mereka adalah di kalangan golongan fakir dan hamba.
2. Dakwah Secara Terangan
-Allah Swt memerintahkan nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan dakwah secara terangan
-Rasulullah terus naik ke safa untuk memanggil Bani Fihr dan Bani Adi untuk berkumpul.
-Rasulullah ingin mengetahui adakah mereka percaya dengan apa yang Rasulullah tanyakan.
Aqabah 1
-Aqabah adalah tempat antara mina dan makkah
-Pada tahun 621 M, Dakwah Islamiah disebarkan oleh nabi di Makkah dan dikunjungi oleh beberapa orang dari suku Aus dan Khazraj
-Mereka memeluk Islam dan menyebarkan Islam kepada penduduk lain.
-Suku Aus dan Khazraj mengunjungi nabi dan terjalinlah perjanjian aqabah 1.
Isi Perjanjian:
i. Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul.
ii. Suku Aus dan Khazraj berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW.
iii. Suku Aus dan Khazraj tidak akan melakukan amalan jahililiah spt mencuri, minum arak dan lain2.
Aqabah 2
-Nabi Muhammad SAW menghantar Mus'ab Bin Omar untuk menyebarkan Islam pada tahun 622M.
-Perjanjian kedua ditandatangani antara suku Aus dan Khazraj.
Isi Perjanjian:
i. Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad SAW.
ii. Suku Aus dan Khazraj menjemput nabi Muhammad SAW dan orng Islam di Makkah berhijrah ke Madinah.
iii. Suku Aus dan Khazraj menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan untuk baginda dan orang Islam Makkah serta menyatakan kesediaan mempertahankan Islam.
Majlis Syura
-Perkataan syura berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud mesyuarat
-Majlis syura ini wujud sejak zaman Rasulullah dan di amalkan oleh Khulafa al-Rasyidin.
Tugas Majlis Syura:
-Menjadi tempat rujukan untuk melaksanakan undang-undang
-Sebagai ketua eksekutif pada zaman Khalifah al-Rasyidin.
-Mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatan Khalifah jika ia gagal melaksanakan tugas
-Ahli Majlis syura perlu mempunyai "keadilan, berilmu pengetahuan, kecerdasan dan bijaksana"
-Bermesyuarat dalam menyelesaikan apa sahaj dengan rujukan al-Quran dan pandangan serta pendapat Nabi.
Faktor Kelahiran Tamadun Islam
-Islam menekankan akidah dibina atas keyakinan berasaskan ilmu. Kemantapatan akidah adalah teras pembangun tamadun manusia.
-Islam memetingkan ilmu pengetahuan dan penggunaan akal dalam mencari kebenaran
-berfikir amat perlu dalam mencari kebenaran dan tidak boleh menerima secara jahil
-Al-Quran merangkumi segenap ilmu yang tidak akan habis ditimba manusia
No comments:
Post a Comment