Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.
Langkah Pertama
Rasulullah S.A.W mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah S.A.W menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah.
Langkah Kedua
Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin , bagi mewujudkan perefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan Ansar.
Langkah Ketiga
Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.
Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah ialah:-
1) Nabi Muhammad S.A.W adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkahan hendaklah merujuk kepada Baginda.
2)Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasa dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.
3)Semua penududuk Madinah bebas mengamalkan adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.
Tujuan Piagam Madinah
1) Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
2) Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
3) Mewujudkan peramaian dan melenyapkan permusuhan
Prinsip Piagam Madinah
1) Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukkum negara
2) Kesatuan ummah dan kedaulatan negara
3) Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
No comments:
Post a Comment