Tuesday, 26 April 2016

Biografi Rasulullah S.A.W

Nama penuh Nabi Muhammad S.A.W ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib (Syaibatul Hamd) bin Hashim (Amru) bin Abdul Manaf (Al-Muhgirah

Kisah bagaimana nama Muhammad diperoleh oleh ibunda Baginda

Sewaktu Baginda dikandung oleh ibunya Aminah pada bulan pertama datang Nabi Adam di dalam mimpi Aminah dan berkata berilah nama anakmu itu dengan nama Muhammad.Pada bulan kedua,Aminah juga didatangi oleh Nabi Adam dan seterusnya meminta kepadanya supaya diberikan nama Muhammad sehinggalah bulan yang kesembilan.

Kelahiran Rasulullah S.A.W

Muhammad S.A.W dilahirkan di tengah2 kota Mekah Al-Mukaramah pada Isnin,12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570 Masihi iaitu pada tahun Gajah.Tahun di mana peristiwa penyerangan ke atas Baitillah il-Haram oleh sepasukan tentera di bawah pimpinan Raja Abarahah.Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim setelah ayahnya Abdullah bin Abdul Mutalib wafat semasa Baginda berusia dua bulan di dalam kandungan.


No comments:

Post a Comment