29/3/2016
Assalamualaikum w.b.t,
Apa yang saya pelajari pada hari
ini ialah dakwah yang disebarkan adalah berperingkat iaitu dakwah secara rahsia
dan dakwah secara terbuka. Pada permulaan dakwah, Rasulullah bertemu secara
rahsia di rumah Al-Arqam bin Abi Arqam. Pada waktu itu, rumah Al-Arqam bin Abi
Arqam adalah pusat untuk mentarbiah serta memberikan kefahaman tentang agama
Islam.
Selain itu, terdapat beberapa
perjanjian yang telah digubal pada zaman Rasulullah iaitu Piagam Madinah,
Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua. Perjanjian ini
menzahirkan taat setia rakyat kepada Rasulullah.
Maksud taat setia kepada
Rasulullah berkait dengan perjanjian di alam roh iaitu kita telah berjanji kepada Allah bahawa kita akan mentaati segala
perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Lalu, Allah mengutuskan Rasulullah sebagai
pemimpin dalam menunaikan janji kita kepada Allah s.w.t dan menyampaikan ajaran
yang betul.
FARAH ATIQAH BINTI ZAID @ MANSOR
2015218118
No comments:
Post a Comment