Assalamualaikum
Apa yang saya dapat dari sesi pembelajaran ialah yang pertama apa yang dimaksudkan dengan taat setia kepada Rasul.Saya semakin jelas apa yang telah disampaikan oleh sz
Apa yang dimaksudkan dengan taat setia kepada Rasulullah ialah, kaitannya dengan alam roh.Kita telah berjanji kepada Allah,bahawa kita akan mentaati perintahNya.Maka,Allah telah utuskan Rasulullah sebagai penyampai ajaran Islam iaitu cara hidup sesebuah masyarakat.Dengan mentaati Rasulullah,kita akan mendapat petunjuk dan panduan hidup kerana Rasulullah merupakan utusan Allah untuk menyampaikan dakwahnya.Dengan adanya Rasulullah,Islam dapat berkembang maju ,dan seterusnya berkembang dalam segala aspek iaitu politik,ekonomi ,sosial dapat ditingkatkan dan berkembang pesat.
Seterusnya apa yang saya dapat ialah ,ilmu yang bermanfaat perlu kita hayati,refleksikan terhadap kita sendiri ,amalkan dan praktikan.Saya sendiri yang membentangkan aspek politik tamadun islam dan biografi Rasulullah.Apa yang saya dapat dari perbentangan iaitu seorang pemimpin haruslah bersikap jujur untuk mendapat kepercayaan orang ramai.Seterusnya,perbincangan dalam menetapkan sesuatu peraturan hendaklah dipersetujui orang ramai dan memberi kepada kebaikan semua pihak.
Akhir sekali,pemimpin seharusnya bermasyarakat dan bersosial.Melihat dari apa yang rakyat perlukan dan kebajikan mereka.
"Kita perlukan Rasulullah dalam kehidupan kita"
Nur Amirah Dalilah Binti Nor Azmi
2015283538
No comments:
Post a Comment