Tuesday, 29 March 2016

Refleksi Mingguan Tamadun Islam (Politik)

ASSALAMUALAIKUM. 

Pada sesi pembelajaran minggu ini, group kami diminta oleh sz untuk membentangkan bab tamadun islam dan sumbangan Rasulullah S.A.W. Alhamdulillah aina telah diberi peluang untuk menerangkan dari aspek politik sumbangan Rasulullah S.A.W. Dalam aspek politik sumbangan Rasulullah S.A.W. antaranya adalah dakwah secara rahsia dan terangan, perjanjian Aqabah pertama, Aqabah kedua, Piagam Madinah dan Majlis Syura. Dari sumbangan ini saya dapat lihat atau lebih fahami tentang wajibnya taat setia kita pada Rasulullah S.A.W. 

Yang dimaksudkan taat setia kepada Rasulullah S.A.W. ialah berkait dengan alam roh. Semasa kita di alam roh lagi kita telah berjanji dengan ALLAH, bahawa kita akan mentaati perintahNya dan mentaati Rasulullah S.A.W. Apabila kita mentaati Rasulullah S.A.W dan mengikuti segala ajaran yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W secara automatik kita telah beriman kepada ALLAH dan Rasulullah S.A.W. Pada masa yang sama, dengan mentaaati Rasulullah juga, kita akan dapat petunjuk dan panduan hidup. Dengan adanya Rasulullah S.A.W, islam dapat berkembang dengan maju dan seterusnya berkembang dari aspek politik, ekonomi, dan sosial. 

Akhir sekali, apa yang saya dapat dari sumbangan ini adalah pentingnya ilmu kerana ilmu yang bermanfaat perlu kita hayati, terapkan, refleksikan kepada diri kita, amalkan dan pratikkan setiap masa. Apa yang saya dapat iaitu Rasulullah S.A.W telah menjadi contoh terbaik seorang pemimpin yang perlu dicontohi oleh semua pemimpin-pemimpin yang ada di merata dunia. Rasulullah S.A.W adalah seorang pemimpin yang bersikap jujur, amanah, menjaga kebajikan orang ramai, berbincang dengan orang ramai jika ingin membuat sesuatu perubahan, adil dan bijaksana. Oleh kerana itu, Rasulullah S.A.W telah mendapat kepercayaan dari orang ramai dan memeluk islam. 

"kita perlukan Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita supaya hidup kita bahagia, aman dan mendapat keberkatan dari ALLAH.


AINA FAQIHAH BINTI MD SEHAIMI
2015686392

No comments:

Post a Comment