Tuesday, 5 April 2016
TAMADUN ISLAM (EKONOMI)
REFLEKSI MINGGUAN (5/ 4/2016)
Assalamualaikum..,
Sepertimana yang kita semua ketahui, Rasullullah SAW telah membangunkan sistem ekonomi dalam islam. Antara institusi yang diperkenalkan pada zaman Rasullullah SAW adalah baitulmal, kharaj dan zakat.
Baitulmal merupakan institusi kewangan terbesar negara. Ianya merupakan pusat pelaburan bagi umat islam. Kharaj adalah cukai tanah yang dikenakan keatas pemilik tanah sama ada islam atau bukan islam. Manakala, zakat pula adalah kadar harta tertentu yang dikeluarkan oleh orang islam dengan syarat-syarat tertentu.
Di zaman Rasullullah SAW, hanya zakat yang dikenakan kepada golongan muslim, sementara cukai dikenakan kepada golongan bukan muslim. Jizyah dan usyur turut diperkenalkan ketika zaman Rasullullah SAW.
Jizyah adalah cukai yang dikenakan kepada orang kafir zimmi iaitu orang bukan islam yang tinggal di negara isam atau negara bukan islam yang memnta perlindungan daripada islam. Usyur pula adalah cukai yang dikenakan sebanyak 10% daripada hasil pertanian yang diperolehi daripada tuan-tuan tanah.
NURHAZLIANA BINTI HASSAN
2015283288
Labels:
Home,
refleksi mingguan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment