Tuesday, 5 April 2016

Refleksi mingguan

5 APRIL 2016

Assalamulaikum ustazah dan semua sahabat. Sekali lagi pada minggu ini kami diberi peluang dan kepercayaan untuk menyambung perbentangan mengenai Tamadun Islam yang belum habis pada minggu lepas iaitu dari segi faktor ekonomi,sosial,keselamatan dan isu-isu semasa yang dihadapi pada masa kini. Kesimpulan yang boleh saya simpulkan sepanjnag sesi pembelajaran ialah mengikut segi faktor:-


  • Ekonomi-Rasulullah SAW mematuhi sistem ekonomi yang diasaskan daripada Al-Quran yang menekankan keadilan iaitu untuk menjamin keadilan dan memastikan agar kekayaan tidak dibolot oleh segolongan kecil ahli masyarakat sahaja. Sikap Rasulullah Saw semasa berniaga ialah baginda akan mendahulukan kebajikan daripada keuntungan. Hal ini kerana melalui sikap menderma ini perniagaan akan bertambah maju hasil keberkatan menderma.
Antara tips yang dikongsi oleh ustazah untuk memastikan perniagaan yang dijalankan mendapat keberkatan dan sambutan daripada pelanggan ialah:
-Jaga hubungan dengan Allah SWT.
-Solat di awal waktu
-Memberi sedekah
-Melakukkan solat dhuha
-Jangan abaikan bisikan hati iaitu memikir kembali bisikan itu jika ia bisikan yang positif.

  • Sosial-Pada zaman Rasulullah lagi institusi pendidikan telah wujud. Sistem pendidikan pada zaman dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaan iaitu dari segi pendidikan yang berperingkat sebagai contohnya sistem pendidikan sekarang bermula daripada didikan di rumah oleh ibubapa,tadika,sekolah rendah,sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

  • Keselamatan-Semangat peperangan pada masa dahulu sangat tinggi untuk mempertahankan agama Islam daripada ditindas oleh musuh.Kebanyakan peperangan pada masa dahulu berlaku pada bulan Ramadhan namun begitu umat Islam masih menang dalam peperangan walaupun mereka dalam keadaan berpuasa. Alat-alat peperangan yang digunakan juga tidak begitu canggih seperti zaman sekarang tetapi dengan semangat jihad pada setiap diri mereka membuatkan mereka kuat

  • Isu-isu semasa- Pada zaman sekarang kita dapat banyak gejala sosial yang berlaku terutama pada umat Islam seperti kes pembuangan bayi, hubungan antara lelaki dan perempuan yang tidak ada batas lagi pada masa kini, sikap hormati orang yang lebih tua sudah tenggelam dan pelbagai lagi. Punca isu-isu ini berlaku ialah didikan agama sejak dari kecil dalam setiap diri manusia sangat kurang dan tidak titikberatkan oleh ibubapa. Anak-anak pada zaman sekarang dapat dilihat kurang dapat perhatian dan kasih sayang dari ibubapa kerana ibubapa sangat sibuk bekerja untuk mengejar dunia sehingga ada yang lupa tanggungjawab sendiri terhadap anak. Hal ini kerana terdapat ibubapa yang keluar bekerja awal pagi iaitu anak masih tidur dan pulang lewat malam ketika anak sudah tidur. Masa untuk berkomunikasi antara ibubapa dan anak-anak sudah tiada menyebabkan anak-anak lebih selesai dengan orang lain berbanding ibubapa sendiri menyebabkan berlaku pergaulan bebas yang akan menjurus ke lembah maksiat.
SEKIAN TERIMA KASIH

SITI KHADIJAH BT JAMIL
2015250022

No comments:

Post a Comment