BISMILAHIRAHMANIRAHIM. ASSALAMUALAIKUM WBT.
Pada hari ini apa yang saya pelajari adalah tentang sektor ekonomi, sosial dan isu semasa tamadun islam. Dalam aspek ekonomi apa yang saya dapat ialah jizyah perlu dibayar oleh orang kafir lelaki yang sihat dan berkemampuan untuk pergi berperang. Jaminan keselamatan akan diberi jika dia bernaung di bawah orang islam.
Selain itu, "makmurnya madinah" apabila manusia memberi manfaat kepada orang lain tanpa mengkira bangsa dan agama. Dalam aktiviti jual beli atau berniaga untuk menadapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT, seseorang itu perlu berzakat kepada Allah, tutup aurat dan pastikan fesyen tidak melebihi batas dan mengikut syariat, solat di awal waktu dan buat solat-solat sunat.
Pada masa yang sama, untuk diri sendiri bejaya dan maju, kita mestilah bantu orang lain yang memerlukan bantuan tidak kira apa jua agama dan bangsa. Seterusnya, jika ada sesiapa yang menegur, kita mestilah mendengar nasihat itu sebaik-baiknya, terima jika boleh dan jika tidak boleh terima nasihat kita sewajarnya menolak nasihat itu dengan cara yang elok dan tidak menguris perasaan mana-mana pihak. Untuk buat diri kita bahagia dan rasa disenangi oleh orang, kita kena sentiasa senyum apabila jumpa dengan orang, belanja makanan atau jika mampu beri hadiah yang boleh memberi manfaat kepada oarang lain seperti Al-Quran.
AINA FAQIHAH BINTI MD SEHAIMI
2015686392
No comments:
Post a Comment