Tuesday, 5 April 2016

Refleksi Mingguan Tamadun Islam (Ekonomi dan Sosial)



5/4/2016
Assalamualaikum,

                Apa yang saya dapat pada sesi kuliah kali ini ialah Rasulullah SAW mematuhi sistem ekonomi yang berpandukan Al-Quran yang menekankan keadilan. Keadilan di dalam sistem ekonomi memainkan peranan penting agar kekayaan tidak dibolot oleh segolongan kecil  sahaja. Hal ini demikian kerana apabila terdapat jurang yang besar antara miskin dan kaya ia akan menimbulkan konflik dan pertentangan yang membawa kepada keruntuhan sesebuah tamadun. Oleh itu, keadilan di dalam sistem ekonomi untuk sesebuah tamadun adalah penting.
                Selain itu, pada sesi kuliah ini saya juga sedar tentang kepentingan berilmu. Hal ini demikian kerana, pemimpin yang berilmu akan menerajui kerajaannya dengan penuh bijaksana yang membawa kepada kecemerlangan sesebuah tamadun. Contohnya pada kerajaan Abbasiyah di bawah pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid. Pada zaman beliau, beliau telah menubuhkan Baitulhikmah iaitu institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan.

                Ustazah juga ada menekankan bahawa para pelajar perlu berkebolehan dalam membezakan antara maklumat dan ilmu. Ilmu adalah sesuatu yang memberi makna apa sahaja yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.


FARAH ATIQAH BINTI ZAID @ MANSOR
2015218118
               

No comments:

Post a Comment