Tuesday, 29 March 2016

Refleksi mingguan

29 MARCH 2016

Assalamualaikum ustazah dan semua sahabat. Alhamdulilah minggu ini kami diberi peluang dan kepercayaan untuk membentangkan mengenai Tamadun Islam iaitu dari segi kelahiran dan perkembangan Tamadun Islam,sumbangan Rasulullah kepada peradaban dunia dan isu-isu cabaran semasa tamadun islam. Pada minggu ini kumpulan kami hanya sempat membentangkan mengenai sumbangan Rasulullah dan serba sedikit mengenai faktor politik iaitu berkenaan dakwah Rasulullah secara sembunyi,terang-terangan dan tentang perjanjian aqabah pertama,kedua dan piagam madinah.


Apa yang saya peroleh daripada perkongsian daripada ahli kumpulan saya ialah sikap Rasulullah untuk menarik supaya lebih ramai umat memeluk islam adalah dengan pelbagai cara tapi dengan penuh kelembutan,berhemat dan lemah-lembut tanpa memaksa sesiapa untuk memeluk Islam untuk membuktikan bahawa agama Islam ini merupakan suatu agama yang mematuhi syariah. Melalui perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah pada perjanjian aqabah pertama,perjanjian aqabah kedua dan piagam madinah adalah untuk menyatukan semua umat dan mengelak daripada berlaku sebarang keganasan dan peperangan. 

SEKIAN TERIMA KASIH

SITI KHADIJAH BT JAMIL
2015250022

No comments:

Post a Comment