3/5/2016
Assalamualaikum wbt,
Pada sesi kuliah ini, rakan-rakan
saya membentangkan tentang tamadun Melayu. Antara input yang saya dapat pada
sesi kuliah ini ialah:
Salah satu tempat yang masuk islam tanpa perang ialah ialah rantau Melayu.
Terdapat banyak teori
kedatangan islam ke Tanah Melayu, namun teori bahawa islam datang dari Arab
mendapat sokongan kebanyakan ahli sejarah. Antara hujah yang dikemukan untuk
menyokong teori ini ialah pengaruh Asia Barat dalam tulisan Jawi kerana
menggunakan huruf-huruf yang sama dengan huruf Arab dan cara tata bacaan
al-Quran di Nusantara sama dengan cara tata bacaan di Asia Barat dan Timur
Tengah.Salah satu tempat yang masuk islam tanpa perang ialah ialah rantau Melayu.
Pengaruh islam di rantau Melayu dapat dilihat daripada sistem pemerintahan yang diubahsuai mengikut undang-undang islam seperti Undang-undang Pahang yang terdapat peruntukn berdasarkan undang-undang islam tentang qisas, denda, zina,fitnah dan sebagainya.
Orang melayu sangat berseni dimana kesenian itu bermaksud indah, bermanfaat dan menyenangkan. Kesenian orang melayu dapat dilihat dari kesenian dalam pembinaan rumah. Membina rumah yang indah dan bermanfaat penting kerana rumah adalah nucleus untuk keluarga dan keluarga adalah nucleus kepada masyarakat. Keluarga yang harmoni dapat membentuk masyarakat yang baik.
FARAH ATIQAH BINTI ZAID @ MANSOR
2015218118
No comments:
Post a Comment