4 MEI 2016
Assalamualaikun ustazah dan semua sahabat. Pada minggu ini terdapat dua kelas CTU dua hari berturut-turut kerana pada hari ini ialah merupakan kelas ganti bagi aktiviti yang kami tidak masuk kelas pada 19/4 kerana terlibat dalam Entreprenual Street Festival. Alhamdulilah program tersebut berjalan lancar walaupun timbul pelbagai masalah. Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawan-kawan saya kerana memberi kerjasama yang baik kepada saya sepanjang program tersebut. Banyak ilmu yang saya perolehi sepangjang program tersebut kerana saya merupakan AJK Unit Ruang Niaga dan diberi kepercayaan untuk mengetuai semua AJK di dalam dewan tersebut.
Pada hari ini kita telah mempelajari mengenai Tamadun India.Kesimpulan yang saya boleh buat untuk pembelajaran sekali ini ialah :-
India boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu India Utara dan India Selatan.Pergunungan Vindhya menjadi sempadan yang memisahkan di antara India Utara dengan India Selatan. India Utara meluas sehingga ke kawasan Himalaya di utara manakala India Selatan meluas dari Sungai Tapti di Pergunungan Vindhya hingga ke Cape Comorin.
Dari segi ekonomi tamadun India, pertanian dan penternakan bertambah maju di samping menjalankan pelbagai pekerjaan baharu seperti nelayan,pencuci pakaian,penggunting rambut,penjual daging,tukang batu berlian,penganyam bakul, tukang membuat periuk, penjual tali ,pedagang dan peminjam wang. Terdapat juga wanita yang bekerja sebagai pencelup, penenun , penganyam bakul dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa pada tamadun India telah wujud pelbagai aktiviti pekerjaan untuk mendapat rezeki dengan berkat usaha dan kerajinan diri sendiri.
Dari segi politik pula, seperti kita sedia maklum bagi kaum India mereka mempunyai sistem kasta yang diamal setelah sejak beradab zaman dahulu. Sistem kasta ini membezakan tahap kehidupan masyarakat kaum india dari segi pekerjaan dan pangkat. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana kita manusia adalah sama dan setaraf walaupun apa jua bidang pekerjaan kita.
SEKIAN TERIMA KASIH.
SITI KHADIJAH BT JAMIL
2015250022
No comments:
Post a Comment