1.1 KAJIAN SEJARAH, KG. MORTEN, MELAKA.
Rumah-rumah di kawasan ini semuanya berbentuk Rumah Melaka iaitu rumah
berbentuk tradisi orang Melayu di negeri ini. Pada masa dahulu, sebahagian rumah di
perkampungan ini telah musnah dalam satu kebakaran. Rumah-rumah baru telah
dibina semula dan bentuk asal kampung ini masih terpelihara. Di halaman rumah
mereka juga dihiasi dengan rumah-rumah replika dan alatan tradisional kaum Melayu
yang kecil yang menggambarkan salah satu keistimewaan mereka.
Villa Sentosa merupakan sebuah rumah pusaka Melayu yang indah dengan
ciri-ciri binaan yang unik. Usia rumah itu kini telah mencecah lebih 100 tahun dan
merupakan rumah tertua di kampung ini. Rumah peninggalan Allahyarham Tuan Haji
Hashim bin Haji Abdul Ghani dan Allahyarham Dato’ Othman bin Mohd Nor selaku
salah seorang pengasas Kampung Morten seluas setengah hektar itu kini diwarisi oleh
Abdul Rahim bin Haji Hashim, 65 tahun (seorang pesara kastam).
Rumah ini masih kukuh walaupun telah ditelan arus zaman serta dihimpit oleh
’hutan batu’ di sekeliling kampung ini. seperti rumah-rumah Melaka yang lain, Villa
Sentosa juga mempunyai tangga batu yang dicat dengan warna-warna yang indah.
rumah ini banyak menyimpan sejarah dan khazanah lama yang tidak ternilai
harganya. Rumah ini mula dibuka kepada pelancong dengan rasminya pada 11
September 1991. Para pelancong menggelarkan Villa Sentosa dengan panggilan
`muzium hidup’ atau ’The Living Museum’.
ELEMEN-ELEMEN YANG DIGUNAKAN PADA VILLA SENTOSA
DALAM MEMBERIKAN KESELESAAN SUHU DALAMAN
Elemen-elemen tersebut ialah :
1. bahan binaan
2. bukaan
- merangkumi tingkap, bukaan pada bahagian atas dan bawah
(dinding bernafas), telaga udara.
3. cucur atap
4. lanskap
- lanskap kejur dan hidup
- lanskap tradisional
- lanskap semulajadi
1 BAHAN BINAAN
-Hampir keseluruhan bahan binaan yang digunakan pada rumah ini merupakan kayu.
- Seperti yang kita tahu, kayu merupakan bahan binaan yang tidak menyerap haba seperti konkrit, maka ia juga telah menyumbang kepada keselesaan suhu dalaman rumah ini.
-Namun, ubah suai pada bahagian dapur telah dilakukan di mana konkrit sebagai bahan utama.
- Konkrit juga digunakan pada bahagian tangganya.
-Pembinaan tangga asal bagi rumah tradisi Melayu Melaka adalah sama dengan rumah tradisi Melayu yang lain iaitu menggunakan kayu.
-Tetapi, selepas kedatangan penjajah, mereka telah membawa bahan konkrit ini dan
memperkenalkannya pada ketika itu.
-Penggunaan bahan ini telah diaplikasikan pada elemen tangga. Pada awalnya, hanya penghulu atau orang yang berpendapatan tinggi yang telah mengaplikasikannya, tetapi lama-kelamaan penggunaan tangga batu ini semakin meluas dari semasa ke semasa.
2 BUKAAN
-Rumah kajian mempunyai banyak bukaan sekali gus memberikan sistem pengudaraan yang baik dan memberikan keselesaan kepada penghuni, tidak seperti rumah pada masa kini.
-Bukaan yang banyak pada rumah kajian juga memberikan sistem pencahayaan yang baik kepada ruang dalam rumah tersebut.
-Bukaan pada sesebuah rumah amat penting bagi membenarkan pengudaraan sekaligus memberikan keselesaan suhu dalaman. Sistem ini boleh diaplikasikan dalam beberapa bentuk binaan seperti:
1. pintu
2. tingkap
3. bahagian dinding
4. telaga udara
2.1 Pintu
Terdapat lima pintu pada rumah kajian ini.
A - Pintu pada bahagian courtyard yang biasa digunakan oleh pemilik sekeluarga.
B - Terdapat dua pintu pada bahagian serambi yang mana biasa digunakan untuk
menjemput tetamu naik ke rumah.
C - Pintu yang digunakan oleh kaum perempuan, satu pintu di bahagian belakang
rumah dan satu lagi pada bahagian dapur.
-Bilangan pintu yang banyak memberikan pengudaraan yang maksima kepada rumah kajian.
-Pengudaraan silang juga mudah berlaku sekali gus memberikan keselesaan dalaman yang baik. -
-Kitaran antara udara panas dan sejuk akan berjalan dengan lebih cepat. Oleh itu, haba panas tidak akan terkumpul dan terperap di dalam rumah.
-Tetapi dari sudut negatifnya, bilangan pintu yang banyak boleh memberi kesan kepada faktor keselamatan.
- Ianya memerlukan kawalan yang rapi oleh pemilik terhadap kesemua pintu masuk yang terdapat di sesebuah rumah itu. Jika dibandingkan faktor keselamatan masa dahulu dan sekarang, keadaan keselamatan masa kini tidak begitu menggalakkan mempunyai pintu masuk yang banyak.
2.2 Tingkap
-Tingkap merupakan antara elemen yang paling penting kerana ianya mampu mempengaruhi dan mengawal kualiti pengudaraan serta pencahayaan dalam sesebuah rumah itu.
-Saiz dan jenis bahan yang digunakan adalah berbeza mengikut fungsi ruang dimana tingkap ditempatkan.
-Sama dengan pintu, tingkap juga tempat berlakunya pengudaraan silang.Seperti rumah tradisional yang lain, bukaan tingkap yang besar menggalakkan pengudaraan semulajadi di mana berlaku ‘cross ventilation’, di mana udara sejuk masuk masuk dan udara panas mudah di bawa keluar.
• Tingkap di bahagian serambi
-Tingkap pada bahagian serambi agak kecil sesuai dengan ketinggian ruang pada bahagian serambi.
-Bilangan tingkap juga agak banyak dan disusun dengan rapat, ini bertujuan untuk pengudaraan serta pencahayaan yang baik.
-Daun tingkapnya pula tertutup dimana pada bahagian atasnya adalah kaca berwarna hijau dan bahagian bawahnya kayu.
Tingkap pada bahagian lain pula agak tinggi sedikit dan menggunakan bahan serta rekabentuk yang berlainan berbanding tingkap dibahagian serambi. Pada bahagian atas daun tingkap, teknik louvers di gunakan.
- Louvers ini juga boleh di larasdengan menggunakan kayu yang menegak di tengahnya.
- Ini membolehkan kadar angin atau pencahayaan pada ruang ini dikawal.
-Seperti rumah tradisional yang lain, bukaan tingkap yang besar menggalakkan pengudaraan semulajadi di mana berlaku ‘cross ventilation’, di mana udara sejuk masuk dan udara panas mudah di bawa keluar.
2.3 Bahagian dinding
-Seperti yang kita sedia maklum, rumah Melayu Tradisi kaya dengan ukiran dan hiasan pada dindingnya.
-Ukiran dan hiasan ini bukan sahaja membawa maksud atau cerita tetapi juga membantu pengaliran udara di dalam rumah.
-Kedudukannya yang berada di atas membenarkan udara panas yang ringan keluar. Ini mengelakkan
udara panas berkumpul dan menyebabkan suhu di dalam rumah kurang selesa.
-Coraknya adalah terlalu ringkas dan di hiasi dengan nama Tuhan dan Rasul. Bukaan pada bahagian atas di dinding ini juga sangat ringkas tetapi mempunyai maksud yang tersendiri.
-Bukaan ini bukan sekadar hiasan tetapi membantu pengaliran udara di dalam rumah.
-Kesan daripada bukaan-bukaan ini, rumah ini telah memberikan keselesaan suhu
terma kepada penghuninya.
-Selain itu, rekabentuk rumah kajian yang mempunyai sisip udara dan ukiran
bertebuk pada bahagian di atas tingkap juga membantu pengaliran pengudaraan
terutamanya semasa waktu malam di mana tingkap akan ditutup.
- Begitu juga pada bahagian courtyard, bumbung bertingkat dan juga lantai bertingkat.
- Maka tidak hairanlah jika suhu dalaman rumah tradisional adalah jauh lebih baik daripada rumah
moden pada masa kini.
2.4 Telaga Udara (courtyard)
-Telaga udara merupakan ruang terbuka yang tidak berbumbung. Penerapan elemen ini ke dalam binaan rumah kediaman agak sukar ditemui. Elemen ini memberikan pengudaraan dan pencahayaan yang paling maksima antara ruang-ruang yang lain.
-Dalam senibina tradisional rumah Melayu, hanya rumah tradisi Melayu Melaka yang mempunyai coutyard. Ruang ini merupakan ’private interior open space’.
-Ruang courtyard pada rumah Melayu tradisi Melaka ini adalah pengaruh dari senibina rumah tradisi china.
-Kebiasaannya, ruang ini terletak antara rumah ibu dan rumah dapur.
-. Ia bukan sekadar memberikan pencahayaan pada ruang dalam rumah bahkan membenarkan pengudaraan sekaligus memberi keselesaan suhu dalaman.
-Sewaktu hari hujan, seluruh ruang dalam rumah akan merasa sejuk.
- Kebiasanya lantai pada ruang ini akan kering dalam masa 10 minit. Ini kerana faktor lantai yang di bina sedikit curam bagi memudahkan pengaliran air serta faktor pengudaraan yang sempurna. Ruang ini juga dikenali dengan ruang basahan.
-Pada bahagian bumbungnya pula diletakkan gutter bagi mengelakkan air hujan dari bumbung melimpah ke bahagian courtyard dalam kuantiti yang banyak dan membawa kekotoran dari bumbung.
.3 CUCUR ATAP
-Cucur atap merupakan elemen yang sangat penting dalam membantu memberikan keselesaan suhu dalaman kepada sesebuah rumah itu.
-Elemen ini melindungi dinding rumah atau sebarang bukaan dari pancaran matahari secara terus.
-Pancaran matahari secara terus ke atas dinding rumah atau sebarang bukaan akan memberikan impak yang besar kepada suhu di dalam rumah.
-Fenomena ini akan menyebabkan haba dipindahkan dari dinding rumah ke dalam rumah sekali gus
mempertingkatkan suhu di dalam rumah.
-Cucur atap yang lebar bukan sahaja sebagai elemen peneduh dan membantu system pengudaraan di dalam rumah tetapi juga membantu mengelakkan tempias semasa hari hujan.
-Cucur atap yang lebar sudah menjadi identiti bagi rumah Tradisional Melayu.
-Ia membuktikan yang seni bina rumah ini sensitif kepada iklim negara kita yang panas dan lembab sepanjang tahun.
.4 LANSKAP
-Lanskap membantu dalam menyejukkan keadaan persekitaran.
-Setiap binaan itu memerlukan elemen ini sebagai elemen sokongan kepada elemen-elemen yang
telah dibincangkan di atas.
- Lanskap terbahagi kepada beberapa jenis iaitu lanskap kejur, lanskap hidup.
-Manakala corak susunan lanskap terbahagi kepada lanskap tradisional dan lanskap semulajadi.
-Lanskap kejur lebih kepada bahan yang mati seperti batu, kayu, alat-alatan
atau sebarang bentuk barang perhiasan.
-Lampu taman, meja taman serta air tejun buatan juga dikategorikan sebagai lanskap kejur.
-Jika diperhatikan pada rumah kajianini, penghuni menggunakan replika rumah tradisional Melayu yang kecil sebagai hiasan pada halaman rumahnya.
-Selain itu, penghuni juga menggunakan artifak sejarah yang terdiri daripada barang keperluan tradisional sebagai hiasan pada ruang bawah rumahnya.
-Lanskap hidup terdiri daripada tumbuh-tumbuhan serta air seperti sungai dan kolam.
-Lanskap hidup yang boleh didapati pada rumah kajian ialah tumbuh-tumbuhan seperti pokok kelapa, tumbuhan berbunga serta aliran sungai.
-Sungai merupakan elemen penyejuk bagi kawasan Kampung Morten ini.
-Kedudukan rumah yang strategik kerana terletak di tepi sungai ini sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan persekitaran rumah ini.
-Penyusunan lanskap terbahagi kepada lanskap tradisional dan semulajadi.
-Lanskap tradisional biasanya menggunakan jenis tumbuhan tempatan dan mudah didapati.
-Pemilihan pokok juga bedasarkan kecantikannya.
-Penyusunan jenis ini boleh dilihat dalam bentuk yang formal atau tidak formal.
-Penyusunan secara semulajadi pula biasa untuk mengekalkan ekosistem sesuatu kawasan.
-Biasanya, jenis lanskap ini mudah ditemui di kawasan perkampungan dimana pemilihan jenis pokok bukan sahaja untuk tujuan hiasan tetapi juga untuk memperoleh hasilnya.
No comments:
Post a Comment