Tuesday, 8 March 2016

Refleksi Mingguan Pengenalan Tamadun

Assalamualaikum semua
selasa (8/3/2016)
apa yang saya dapat daripada proses pembelajaran ialah:

Apa itu sebenarnya tamadun?.
Tamadun dapat definisikan sebagai Dana,Mudun,Madani dan Madinah yang merupakan bandar dan kata asal dari tamadun ialah Din iaitu agama yang mencerminkan kehalusan sesuatu perkara  dari segi budi bahasa pekerti,fizikal dan kerohanian.
       Seterusnya,tamadun ini terbentuk jika adanya sesebuah masyarakat. Manusia yang membentuk satu kumpulan bersama-sama untuk mencapai satu matlamat.Setiap individu yang berusaha dalam satu kelompok sama untuk sesuatu kemajuan.
      Di samping itu, tamadun juga dapat didefinisikan sebagai peradaban,kebudayaan,tatasusila dan pembangunan.Contohnya,pada zaman dahulu adanya sebuah kemudahan iaitu tandas yang dibina di luar kawasan perumahan yang agak jauh,Tetapi dibandingkan zaman sekarang kemudahan tandas pada zaman sekarang dibina di dalam kawasan perumahan untuk memudahkan masyarakat.

 Apa tujuan manusia dilahirkan?  
Untuk mengabdikan diri iaitu meletakkan pergantungan dan berserah diri kepada Allah.Menjadi hamba dan khalifah di muka bumi.Mentaati perintahNya dan meninggalkan larangaNya.
Apabila kita jelas dengan tujuan kita maka tamadun ini dapat dibentuk.Peradaban sesebuah masyarakat yang dibina untuk mencapai satu matlamat yang sama dengan membahagiakan dalam alam dunia.

 Apa bezanya manusia dan makhluk lain iaitu:
1)Manusia dapat berfikir menggunakan akal tetapi sebaliknya haiwan tiada akal untuk berfikir dan bertindak.Apabila manusia ini mempunyai akal jadi mereka dapat berfikir siapa Tuhan mereka, apa pentingnya peradaban mereka dan lain-lain'

2)Manusia juga dilantik sebagai khalifah yang diberi kuasa dan tangguungjawab untuk dipikul

3)Allah memberi kebebasan kepada manusia memilih dan membuat keputusan.Contohnya,kuncing tidak dapat membuat keputusan sebaliknya hanya menurut sahaja,Contohnya bunyinya "meow' jadi haiwan comel ini perlu menurut sahaja. Sebaliknya manusia boleh memilih ,contohnya manusia boleh  meniru semua mimik haiwan.

Semasa proses pembelajaran apa yang saya dapat,2 alam sebelum iaitu alam roh,rahim. Seterusnya alam dunia.Dan selepas 2 alam selepas alam dunia ialah alam barzakh dan alam akhirat.Keseluruhan waktu dunia bersamaan 2 saat di akhirat.Bagi saya semua saya belajar adalah benda baharu bagi saya dan sedar hidup ini hanya sementara.

Secara keseluruhannya apabila kita dapat tahu sebenarnya tamadun ini membahagiakan kita diri sendiri,dengan mengetahui secara jelasnya apa tujuan hidup kita dan manusia ini tahu mereka istimewa dan mengetahui kasih sayang Allah terhadap kita,jadi kita akan lebih berusaha untuk mencapai sesebuah tamadun.

"Semakin bertamadun,Semaki halusnya sesebuah perkara.''

Nur Amirah Dalilah Binti Nor Azmi
2015283538


No comments:

Post a Comment