Tuesday, 8 March 2016

Refleksi mingguan

8 MARCH 2016

Istilah tamadun dapat menjelaskan tentang kebudayaan ,kemajuan,pembangunan ,peradaban dan kemakmuran yang dicapai oleh sesuatu bangsa.
Istilah tamadun berasal daripada perkataan dana,mudun,madinah dan madani.Istilah madinah berasal daripada perkataan madana,mudun atau mada'in yang bererti bandar-bandar.
Tamadun sesebuah tempat terbina daripada sekumpulan masyarakat di tempat tersebut yang dapat dilihat dari segi budi bahasa,budaya dan adab masyarakat tersebut.

Didalam kelas juga ustazah ada menerangkan keistimewaan manusia iaitu :
1.Kebolehan berfikir-Makhluk dilahirkan didunia ini dan dilantik sebagai khalifah dimuka bumi ALLAH untuk membimbing orang lain ke jalan yang benar.Selain itu manusia juga diberi tahap kemuliaan melebihi para malaikat dan tahap kehinaan melebihi haiwan.

Selain itu ustazah juga berpesan apabila ada seseorang menegur kita kearah kebaikan kita haruslah menerimanya supaya kita mudah mendapat hidayah dari ALLAH..


Kita sebagai manusia di muka bumi ALLAH ini sering sibuk dan lalai dengan pelbagai perkara maka cara terbaik untuk dekatkan diri dengan ALLAH adalah semasa kita berseorangan walaupun dimana kita berada kita mulakan la dengan Al-Fatihah dan sedekah kepada Rasul,istigfar dan berdoa supaya dapat merasai kasih sayang ALLAH dalam diri kita.

Sekian Terima Kasih

SITI KHADIJAH BT JAMIL
2015250022

No comments:

Post a Comment