Tuesday, 8 March 2016

Refleksi Mingguan Pengenalan Tamadun

REFLEKSI MINGGU KEDUA (8 Mac 2016)

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah dah masuk minggu kedua untuk subjek CTU.

Pada minggu ini kami mempelajari bab 1 iaitu mempelajari dan mengambil tahu makna-makna istilah tamadun yang pada mulanya berasal daripada perkataan dana, madinah, madani dan menjadi satu perkataan iaitu madana, seterusnya mudun dan din. Tamadun di sesebuah tempat dapat dilihat daripada aspek budi bahasa, masyarakat dan adab. Pada asalnya orang asli adalah penduduk asal tetapi yang membina ketamadunan adalah orang melayu. Tamadun melibatkan manusia din(agama) yang membawa maksud kehalusan dari segi kerohanian

Selain itu, ustazah juga ada menekankan tentang berfikir. Kenapa manusia itu sendiri perlu berfikir adalah kerana ALLAH SWT mengurniakan akal kepada manusia untuk manusia kenal tuhan dan bina tamadun berdasarkan 3 aspek tersebut. Dengan berfikir manusia dilantik sebagai khalifah yang mempunyai kuasa dan bertanggungjawab. Manusia juga diberi kelebihan untuk memilih mereka mahu jadi seperti apa. 

Yang ketiga, Ustazah ada menekankan kenapa kita perlu menjadi seperti manusia iaitu insan kerana untuk jadi diri sebenar supaya mendapat kebahagiaan. Pada masa yang sama, kena kenal diri kita supaya dapat bina tamadun yang bahagia. Bahagia itu akan datang apabila kita sendiri mencari dan merasakan kebahagiaan kerana bahagia tidak terikat dengan hati. Jin dan manusia dicipta adalah untuk taat dan untuk mengabdikan diri pada ALLAH SWT kerana ALLAH ada dengan kita dimana-mana sahaja dan sentiasa dekat dihati orang-orang yang soleh.

Yang terakhir, hidayah. Hidayah boleh datang pada bila-bila dari pelbagai cara. Ada orang mendapat hidayah apabila mendengar azan, dalam mimpi dan macam-macam lagi. Namun, apabila kita tidak solat comtohnya kita terdetik di dalam hati "eh tak solat lagi lah" ni juga dikira sebagai hidayah dari ALLAH SWT kepada manusia. Kalau kita berdosa ALLAH cepat-cepat datangkan balik rasa untuk kita berpatah balik (Surah Al-Insan).

Tips hidayah kita perlu terima setiap teguran dari orang lain. Apabila orang menegur salah kita terima dan lebih baik diam dan jangan marah kerana orang menegur kita kerana mereka sayangkan kita dan Allah sayang kita. Nak rasa dekat dengan ALLAH, kita kena bersendirian dengan ALLAH dimana-mana sahaja apabila terlintas hatta sedang berjalan sekalipun. Apabila terlintas cepat-cepat hadiahkan Al Fatihah untuk Rasulullah, Istighfar dan doa supaya ALLAH panjangkan umur dan berkati hidup kita, ampunkan dosa kita dan lain-lain.

Set kan di minda kita setiap hari nak masuk syurga kerana nak bersama dengan Rasulullah.

AINA FAQIHAH BINTI MD SEHAIMI
2015686392


No comments:

Post a Comment