Alhamdullillah, banyak yang saya pelajari dalam kuliah CTU551 minggu ini.
Di sini saya kongsikan ilmu yang saya perolehi dalam kuliah tersebut.
Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu Mudun dan Madana. Yang paling penting, perkataan asal tamadun ialah Din (agama) yang membawa maksud kehalusan dari segi fizikal dan rohaniah.
Secara keseluruhannya, tamadun membawa pembukaan bandar, peradaban, pembangunan atau kemajuan.
Elemen yang paling penting dalam pembinaan tamadun ialah manusia. tanpa manusia maka tiadalah pembinaan tamadun. Allah telah mencipta manusia yang mempunyai akal yang mampu berfikir dan bertindak secara bebas berbanding makhluk Allah yang lain. Hal ini menyebabkan manusia lebih istimewa dan disanjung.
Maka di sinilah munculnya agama Allah yang juga merupakan elemen penting dalam pembinaan. Agama adalah untuk membimbing dan mengawal tindakan manusia. Tujuan utama manusia hidup di muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan juga dicipta sebagai khalifah di dunia ini. Ingin saya tekankan di sini bahawa tanpa agama, manusia tidak akan berjaya membina tamadun kerana mereka tidak mempunyai tujuan dan matlamat hidup di dunia ini.
Setakat ini sahaja yang say kongsikan. Terima kasih kerana membaca. Semoga memberi manfaat.
BM2312L
2015283582
No comments:
Post a Comment