Tuesday, 15 March 2016

TUGASAN MINGGUAN 15 MAC 2016

Faktor pendorong lahirnya tamadun yang sejahtera:

Terdapat beberapa tamadun dunia yang menempuhi zaman kegemilangan seperti Tamadun Arab, Tamadun Mesir, Tamadun Barat, Tamadun Yunani, Tamadun Parsi, Tamadun Rom, Tamadun Mesopotamia, Tamadun Cina, dan juga Tamadun India. Menurut kajian, terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada lahirnya tamadun yang sejahtera. Antaranya ialah

     1.    Keagamaan

Beberapa pendapat menyatakan bahawa pembinaan tamadun perlu menitikberatkan pembangunan yang seimbang antara tuntutan di dunia dan juga tuntutan di akhirat. Maka agam memainkan peranan yang utama untuk membentuk tamadun yang kuat dari sudut dalaman dan luarannya.  Namun begitu, disebabkan fahaman sekular telah berleluasa, perspektif tamadun dalam kalangan sarjana barat lebih tertumpu kepada pembangunan berbentuk material dan mengetepikan urusan agama.

      2.      Pencetusan revolusi ilmu

Pada zaman kegemilangan Islam, masyarakat Eropah berada pada zaman kegelapan di mana mereka mundur dalam segala aspek kehidupan. Umat Islam pada ketika itu telah menguasai bidang Fizik, Astronomi, Kimia, Matematik, Perubatan, Geografi, Ilmu Pelayaran, dan Sains. Keunggulan ilmu ini telah menjadi kebanggaan umat Islam lampau sehingga mereka diiktiraf sebagai pencetus kepada tamadun barat moden.

      3.      Perpaduan dalam negara

Dalam pembinaan tamadun yang sejahtera, kestabilan dalam negara melalui hubungan antara kaum amat penting. Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, baginda telah membuat satu perjanjian yang dikenali sebagai Piagam Madinah dalam mendirikan sebuah negara yang menjadi pelindung kepada rakyat. Keharmonian kaum dan toleransi telah ditekankan sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W dan dipraktikkan pada zaman Khalifah Al-Rasyidin.

      4.      Kestabilan politik

Pemerintahan yang baik dan stabil merupakan salah satu faktor wujudnya tamadun yang sejahtera. Dalam pemerintahan Islam, perintah dapat mengatasi masalah-masalah dalaman dalam negara dengan menggunakan kebijaksanaan beliau bagi mengekalkan kestabilan politik dalam negara. Tanpa kestabilan politik dan pemerintahan, pasti tamadun Islam tidak akan bertahan lama dan ia akan berkubur dengan kelemahan kepimpinan.

     5.      Kekuatan pertahanan

Kekuatan pertahanan dan ketenteraan adalah antara aspek penting dalam pembentukan tamadun yang gemilang dan sejahtera. Kekuatan negara dalam menyekat serangan dari pihak musuh akan menjamin kedaulatan sesebuah negara.

 

No comments:

Post a Comment