2. Ciri tamadun yang
sejahtera.
·
Keunggulan ilmu pengetahuan
Ilmu merupakan dasar kepada pembinaan masyarakat yang bertamadun
dan sejahtera.Hal ini kerana ilmu adalah asas kecemerlangan ummah dan paksi
kekuatan islam. Sejarah Islam menunjukkan bahawa kota-kota besar yang masyhur
adalah disebabkan kegiatan keilmuan mereka yang berjalan dengan rancak.Antara
contoh ialah tokoh yang terlibt dalam mengembangkan sains di antaranya Jabir
Bin Hayan Al-Kufi,seorang tokoh kimia Islam yang hidup pada kurun ke 8
Masehi,Al-Khawarizmi (m.840M),seorang tokoh
- Kestabilan dalam
negara melalui hubungan perpaduan antara kaum.
Keharmonian kaun
dan toleransi telah diteknkan semenjak zaman Rasulullah S.A.W dan dipraktikkan
dengan sempurna pada zaman Khalifah al-Rasyidin.Ia dapat dilihat ketika mana
Nabi Muhammad s.a.w membuat satu perjanjian yang dikenali sebagai Piagam
Madinah dalam mendirikn sebuah negara.Sebagai contohnya ialah kaum Yahudi
hendaklah hidup berdamai dengan kaum Muslimin iaitu kedua belah pihak bebas
mengalamkan ajaran masing-masing.
- Kestabilan pemerintahan dan pentadbiran
politik.
Tanpa kestabilan
politik dan pemerintahan ,pasti keunggulan tamadun Islam tidak akan bertahan
lama da ia akan berkubur dengan kelemahan kepimpinan.Kestabilan ini menjadi kebanggan
umat ,walaupun berlaku beberapa konflik dalaman sehingga tertubuh beberapa
kerajaan kecil yang memerintaj wilayah-wilayah tertentu sepanjang sejarah
Islam.Kewujudan kerajaan-kerajaan kecil tidak melemahkan walaupun ada jua kesan
yang tidak boleh dielak seperti kewujudan kerajaan Mamluk yang memberontak
daripada kekangan Ayyubid.Namun denai itu terpaksa jua dihadapi dan hasilnya ia
terus menguatkan pemerintahan Islam secara keseluruhannya sehinggalah khalifah
Islamiyyah berpindah ke tangan kerajaan Turki Uthmaniyyah.
*Kekuatan pertahanan
Berjaya menyekat negara dari diserang
pihak musuh.Kekuatan pertahanan yang ada berjaya mengekalkan khilafah Islamiyyah
sehingga tahun 1924M,iaitu berakhir kira-kira 85 tahun lalu.Jelas,ketika
Salahuddin Al-Ayyubi menawan kembali kota Bayt al-Maqis daripada tentera
salib(Maher Abu-Munshar 2007) telah membuktikan bahawa kekuatan pertahanan dan
ketenteraan adalah aspek penting dalam dunia hari ini.Sebagai contohnya ialah
Kaum Muslimin dan Yahudi wajib mempertahankan kota Madinah dari serangan musuh
dan bekerjasama melawan sesiapa sahaja yang memerangi mereka.
*Ekonomi yang kukuh
Hal
ini demikian kerana ekonomi yang lemah dapat meruntuhkan sesebuah
kerajaan.Sebagai contoh ialah kerajaan Turki Uthmaniyah terpaksa menanggung
hutang yang dipinjam dari bank-bank Eropah.Ini telah menjadi salah satu punca
sehingga kerajaan Turki Uthmaniyah tidak dapat bertahan sehingga mereka
terpaksa melepaskan wilayah yang pernah dikuasai umat Islam seperti Palestin,
Syria dan Jordan ke tangan penjajah.
No comments:
Post a Comment