1. Ciri manusia pembina
tamadun yang sejahtera :
·
Mempunyai jati diri dari aspek kerohanian
- Mempunyai keperibadian yang berakhlak mulia yang teguh iman.
Contohnya, keperibadian yang
berakhlak mulia seperti bertanggungjawab dan amanah dapat menghasilkan tamadun
yang sejahtera.
· Bentuk agama yang
tinggi
- Manusia yang mempunyai agama yang tinggi akan melaksanakan
tanggungjawab di alam ini.
Contohnya, melakukan ibadah kepada ALLAH dan memakmurkan planet bumi yang
mereka diami.
- Manusia yang melakukan kerja
munajat
-
Manusia bukan sahaja perlu menghabiskan seluruh waktu di masjid-masjid sahaja
malah manusia juga perlu bermunajat kepada ALLAH. Contohnya, kerja munajat
sewaktu manusia bekerja di ladang atau bendang, di gedung perniagaan dan di
tengah-tengah masyarakat kerana kerja munajat boleh menghampirkan seseorang
hamba kepada ALLAH.
- Manusia sebagai khalifah di muka bumi
-
Tugas sebagai khalifah yang mempunyai pentaksiran terhadap segala apa yang ada
di langit dan di bumi supaya membina tamadun yang sejahtera dan memakmurkan
alam ini. Contohnya, manusia perlu bijak bertindak secara positif atau negatif
terhadap setiap unit alam yang ada di sekitar diri mereka dalam kehidupan
seharian.
No comments:
Post a Comment