4. Faktor
keruntuhan tamadun.
l Jurang kaya - miskin.
Ketidakadilan berlaku dalam masyarakat apabila wujud jurang
perbezaan yang ketara antara kaya dengan miskin. Situasi seperti ini dapat
diperlihatkan pada penghujung tamadun Romawi abad ke-3 dan ke-4 Masihi. Begitu
juga dapat diperlihatkan dipenghujung pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah.
Jurang antara masyarakat kaya dengan miskin menimbulkan konflik dan
pertentangan yang membawa kepada keruntuhan masyarakat dan negara.
l Keruntuhan akhlak atau moral.
Keruntuhan akhlak umat terutama para pemimpinnya menandakan
saat keruntuhn negara dan tamadun. Apabila sesebuah umat mengabaikan
penghayatan nilai-nilai murni dalam kehidupan maka akan tersebar luas gejala
keruntuhan moral.
l Malapetaka atau bencana.
Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab
kemerosotan sesebuah tamadun. Walaubagaimanapun, faktor ini diluar kawalan
manusia untuk menghalangnya daripada berlaku. Sebagai contoh, kejadian tsunami
yang melanda Aceh dan Jepun.
l Sikap tertutup.
Sikap tidak menerima perubahan, terutamanya perubahan
teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial salah satu
faktor keruntuhan sesebuah tamadun. Sikap tertutup seperti ini sudah tentu
merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya
menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang beku atau jumud berpanjangan.
Contohnya, tamadun Islam Uthmaniyah mengalami keruntuhan dari dalam disebabkan
sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan sosial.
l Penindasan dan kezaliman.
Kehidupan bertamadun sudah tidak bermakna lagi apabila
sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati. Berdasarkan sejarah,
kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan tamadun Islam boleh dikaitkan
dengan keruntuhan moral dan nilai terutama dalam kalangan pemimpin.
Wilayah-wilayah kolonial yang merupakan sebahagian daripada tamadun barat telah
tumbang disebabkan penindasan dan kezaliman yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment