Tuesday, 15 March 2016

Kerja Mingguan

5 pelan tindakan untuk mahasiswa hari ini membangunkan tamadun yang sejahtera.

  • Mahasiswa perlu memahami dengan benar fungsi dan kedudukan diri sendiri dan berusaha untuk melaksanakannya sesuai dengan tuntutan Allah.                                                                                                                                                                                                        Sebagaimana terungkap dalam al-quran peranan,tanggungjawab serta matlamat kehadiran  manusia ini adalah  terfokus kepada pelaksanaan dua tugas iaitu melakukan ibadah kepada  Allah dan memakmurkan planet bumi yang mereka diami.
Contohnya,mahasiswa seharusnya mengembangkan potensi diri dalamnya atau aspek kerohanian dirinya sehingga mereka menjadi berilmu .Sekiranya mahasiswa ini berusaha dalam mengembangkan potensi mereka,maka tamadun yang sejahtera dapat dimilki dengan cara mereka memahami apa peranan mereka dengan jelas,mereka dapat berkait antara ilmu yang mereka pelajari dan mengamalkan serta berkongsi kepada orang ramai.

  • Mahasiswa seharusnya menjadikan Islam sebagai landasan,apabila sesuatu terjadi seharusnya mereka merujuk kembali kepada agama Islam.
Berkualiti tinggi atau rendah sesebuah tamadun yang terbina bergantung pada nilai diri manusia itu sendiri.Al-Quran telah menggambarkan bahawa makhluk(manusia) adalah lebit hebat dan lebih unggul daripada jin.Dalam perspektif Islam,kesempurnaan akhlak seseorang manusia terletak pada kewujudan secara dirinya sendiri.Unsur kerohanian dalam diri manusia itu yang merupakan paksi sebenar atau hakikat sejati dirinya,mestilah disuburkan dan dibangunkan dengan unsur-unsur keimanan dana mal soleh.

Contohnya,mahasiswa seharusnya meletakkan pengangan kepada Allah sekiranya mempunyai masalah.Sering kali,kita membaca di dada akhbar tentang kes mahasiswa yang membunuh diri atas faktor putus cinta,keputusan tidak hebat.Bagaimana hendak membina tamadun sejahtera,jika mahasiswa tidak mempunyai akhlak yang teguh kerana mahasiswa ini akan menjadi peneraju pada masa hadapan.

  • Mahasiswa seharusnya menguasai ilmu pengetahuan pada zaman sekarang

Jika kita dapat lihat,umat Islam pada aspek sejarah kegemilangan umat islam,umat Islam maju ke hadapan dalam ilmu pengetahuan.Kewujudan pusat-pusat ilmu,Baitul Hikmah di Baghdad dan banyak perpustakaan di wilayah yang dikuasai Islam sama ada di timur atau barat membuktikan kecemerlangan itu.
Jadi,sekiranya hendak membina tamadun sejahtera,golongan mahasiswa sendiri perlu bangkit untuk menguasai ilmu pengetahuan supaya golongan ini dapat maju ke hadapan.

Contohnya,masyarakat atau peranan sepatutnya seperti pihak kerajaan seharusnya mewujudkan budaya ilmu dan pemikiran kritis.Memastikan golongan muda tidak tercicir dalam pendidikan.Pihak kerajaan ini seharusnya mementingkan pembelajaran itu dalam kalangan mahasiswa kerana mahasiswa ini akan membina tamadun sejahtera dan membaiki sejarah-sejarah hitam yang lalu.Budayakan pemikiran kritis supaya modal insan yang lahir bukan sekadar pak turut tetapi mampu untuk mencetus idea-idea kudus untuk membangun negara.

  • Mahasiswa ini seharusnya sedar dan bertindak dari awal dalam membangunkan tamadun ini

Perbanyakkan bimbingan ilmu,akhlak dan moral.Masalah yang dihadapi oleh golongan mahasiswa seharusnya dititikberatkan dan tenaga mereka tidak boleh disia-siakan.Mahasiswa ini seharusnya bergiat aktif seperti membuat kerja sukarelawan supaya tamadun ini dibina dengan sejahtera.Mahasiswa ini seharusnya bijak dalam menangani masalah dan mula menyumbangkan pendapat dan tenaga kepada masyarakat.

Contohnya,golongan mahasiswa juga terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral atas sebab pemikiran yang tidak kritis.Contohnya,kelab malam,seks bebas dan sebagainya.Mahasiswa seharusnya bijak dalam meluangkan masa dan menyumbangkan tenaga kepada masyarakat supaya dapat membina tamadun yang berkualiti.

  • Mahasiswa juga seharusnya bersatu untuk membina tamadun yang sejahtera

Masyarakat sekitar tidak kira kecil atau besar,tua atau muda perlu untuk membawa agenda kesatuan sebagai misi utama kehidupan.Sekiranya hendak membina tamadun yang sejahtera,mahasiswa seharusnya berkongsi idea,membaiki kesilapan serta bersatu-padu dalam membina tamadun yang sejahtera.

Contohnya,mahasiswa yang membuat satu majlis bersama-sama perlulah mempunyai carta organisasi dan aturcara supaya majlis ini berjalan dengan teratur.Brgitu juga,dengan membina tamadun sejahtera,mahasiswa ini seharusnya,berusaha bersama-sama dan menyokong antara satu sama lain untuk membina tamadun sejahtera.Contoh paling mudah,mahasiswa ini belajar untuk meningkatkan taraf kehidupan.Mahasiswa ini juga belajar supaya negara kita atau tamadun kita lebih dapat maju ke hadapan.Jika ini dicapai,pasti negara ini akan menuju ke satu era baru dengan semangat jati diri Islam yang utuh untuk berjuang mengembalikan kegemilangan tamadun Islam.

  • Mahasiswa ini seharusnya mula dengan membina modal insan

Ini kerana,membina masyarakat metilah bermula dengan membina modal insan kerana manusia itu merupakan unsur paling utama masyarakat.Mahasiswa ini boleh menyumbang kepada keunggulan tamadun dengan sumbangan idea-idea berkesa,kerja dan usaha yang bernilai serta harta yang ditukarkan menjadi modal.Justeru,penekanan kepada pembangunan modal insan merupakan suatu yang tidak harus dipandang ringan.Modal insan yang cemerlang akan mencorak dan membentuk minda manusia kea rah mencapai kegemilangan.

Contohnya,mahasiswa seharusnya meningkatkan tatasusila dan peradaban mereka,serta mempunyai peribadi yang mulia.Ini mendorong kepada perubahan teknologi yang berubah serta kegemilangan dapat dicapai.




No comments:

Post a Comment