Wednesday, 4 May 2016

Refleksi Mingguan Tamadun India



4/5/2016

Assalamualaikum wbt,

     Apa yang dapat saya simpulkan pada pembelajaran kali ini ialah:
 Di dalam tamadun India, terdapat empat(4) peringkat kehidupan iaitu:

1.  Brahmacharya iaitu belajar ilmu pengetahuan
2. Ghastya iaitu rumah tangga dan pekerjaan 
3. Vanaprastha iaitu bertapa dan bebas dari duniawi (bermeditasi)
4.  Sannyasa iaitu sebarkan ilmu kepada masyarakat.


     Sz juga ada menekankan tentang budaya menulis. Para pelajar hari ini perlu mempunyai semangat untuk menulis agar hasil karya tulisan ini dapat menjadi rujukan kepada generasi akan datang. Karya yang ditulis mestilah sesuatu yang indah agar orang bersemangat dalam membaca karya kita dan yang paling penting adalah memberi manfaat kepada orang lain. Selain dapat memberi manfaat kepada orang lain, hasil karya kita juga boleh dijadikan sebagai saham akhirat kita. Sehubungan dengan itu, saya telah mendapat inspirasi untuk menulis sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada orang lain, In shaa Allah. Ini adalah antara hasil penulisan saya:

1. Aku rindukan aku yang dulu,
    Makanan hariannya adalah berasaskan rohani,
   Tidak berasakan jasmani semata-mata,
   Yang hatinya selalu bersangka baik,
   Tidak dinodai permainan lumpur duniawi.

2. Orang yang memberi
    Akan lebih diberi,
    Orang yang menolong
    Akan lebih ditolong,
    Orang yang menyayangi
    Akan lebih disayangi,
    DAN
    Orang yang menghormati
    Akan lebih dihormati.


FARAH ATIQAH BINTI ZAID @ MANSOR
2015218118


No comments:

Post a Comment