REFLEKSI MINGGUAN (TAMADUN INDIA)
Assalamualaikum,
Untuk perkongsian kali ini, saya akan kongsikan tentang tamadun india. Tamadun india wujud selepas keruntuhan tamadun indus, kedatangan orang aryan merupakan asas lahirnya agama hindu. Sistem pengairan telah wujud pada zaman tamadun india.
Dalam tamadun india, telah wujudnya peringkat kehidupan. Antara peringkat kehidupan yang wujud adalah Brahmacharya, Ghastya, Vanaprastha dan Sannyasa. Brahmacharya adalah peringkat kehidupan dimana mereka mempelajari ilmu pengetahuan. Ghastya merupakan tahap kehidupan dimana mereka berkerja dan berumah tangga. Vanaprastha merupakan peringkat kehidupan dimana mereka bertapa dan bebaskan diri dari duniawi. Manakala Sannyasa merupakan tahap kehidupan dimana mereka menyebarkan ilmu kepada masyarakat sekeliling
.
Dalam tamadun india, kedudukan kaum wanita adalah dihormati. Mereka diberikan kebebasan dan kesaksamaan seperti kaum lelaki. Mereka juga diberikan peluang pendidikan yang sama seperti lelaki.
NURHAZLIANA BINTI HASSAN
2015283288
No comments:
Post a Comment