Tuesday, 10 May 2016

Refleksi Mingguan Tamadun Cina



10/5/2016

Assalamualaikum wbt,

    Pada sesi kuliah ini saya dapat simpulkan bahawa pentingnya masyarkat berilmu. Ilmu sangat penting kerana ilmu yang dapat mengubah kehidupan kita. Ada pepatah mengatakan bahawa ` Kita menjaga harta manakala ilmu menjaga kita ‘.

    Kepentingan ilmu dapat dilihat pada zaman keagungan tamadun Cina yang bermula dengan Dinasti Chin, Han, dan Tang apabila zaman ini dikenali sebagai zaman keemasan. Hal ini demikian kerana dinasti-dinasti ini amat menitikberatkan ilmu. Perkara ini dapat dilihat pada pencapaiannya dalam pelbagai bidang iaitu sains, kesusasteraan, pentadbiran agama dan sebagainya. Contoh pencapaian dalam bidang sains ialah penciptaan kompas yang amat berguna kepada pelayar dan pedagang serta alat cetak. Penciptaan alat cetak membuktikan bahawa pemerintah pada dinasti-dinasti ini amat mementingkan ilmu apabila alat cetak digunakan untuk mencetak buku-buku ilmiah.


FARAH ATIQAH BINTI ZAID @ MANSOR
2015218118

No comments:

Post a Comment