Tuesday, 10 May 2016

refleksi mingguan

REFLEKSI MINGGUAN


10/5/2016

Tamat sudah Tamadun China hari ini. Di sini saya telah mempelajari sedikit sebanyak mengenai asal usul dan latar belakang perkembangan tamadun yang hebat ini.  Ajaran yang diterapkan dalam China iaitu ajaran Confucious mendatang banyak kesan positif dan membawa China ke arah yang lebih baik. Ajaran ini menekankan kejujuran dan kebaikan. Ia berpendapat bahawa jika semua orang berkelakuan baik, maka negara akan aman. Walaupun ajaran Confucious adalah satu ajaran yang baik, tetapi ajaran ini tidak mempercayai tuhan. Sesebuah tamadun tidak akan kekal sekiranya mereka tidak berpegang teguh kepada Tuhan. Sesungguhnya masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang berpegang teguh dan taat kepada suruhan Allah.

Sekian daripada saya, semoga memberi manfaat kepada semua..:)

Norhamizah Binti A.Manap
2015283582

No comments:

Post a Comment