24/5/2016
Assalamualaikum wbt,
Refleksi pada minggu ini adalah sambungan daripada refleksi
minggu lepas iaitu refleksi tamadun Barat.
Apa yang saya dapat belajar ialah saya perlulah tidak mudah
terpengaruh dengan budaya barat yang semakin menjauhkan kita daripada pencipta
kita iaitu Allah Azza Wa Jalla.
Dialog ialah sebuah medium kepada sesuatu kaum untuk saling
memahami dan menghargai budaya kaum lain yang tidak serupa dengan mereka.
Dialog juga ialah dimana satu isu dibincangkan bersama-sama untuk menyelesaikan
sesuatu masalah berbeza dengan debat kerana debat ialah satu isu yang
dipertahankan oleh sesuatu pihak. Dialog mempunyai pengakhiran manakala debat
tidak mempunyai pengakhiran.
Jihad bermakna perjuangan mendaulatkan Islam dan umatnya.
Jihad terbahagi kepada dua iaitu jihad besar dan jihad kecil. Jihad besar ialah
jihad melawan hawa nafsu atau dikenali sebagai mujahadah. Jihad kecil pula
ialah berperang ke jalan Allah SWT bagi mempertahankan kesucian Islam dan
Negara Islam dari dinodai dan dicerobohi. Pihak barat sering salah faham
tentang konsep jihad. Mereka beranggapan bahawa konsep jihad di dalam Islam
telah melahirkan pengganas.
FARAH ATIQAH BINTI ZAID @ MANSOR
2015218118
No comments:
Post a Comment