Tuesday, 24 May 2016

Refleksi mingguan

24 MEI 2016

Assalamualaikum ustazah dan semua sahabat.Alhamdulilah sekali lagi kita semua diberi peluang untuk membincangkan topik hangat iaitu mengenai tamadun Barat yang terpaksa ditangguhkan kerana kehabisan waktu kelas.Pada minggu ini kita memasuki tajuk dialog peradaban di Malaysia merupakan sambungan topik minggu lepas.Pada permulaan kelas kumpulan membentangkan ada berkongsi beberapa video mengenai kerosakan akhlak pada zaman sekarang. Allahuakhbar sudah semakin teruk akhlak dan akidah masyarakat kita sekarang kerana terpengaruh dengan sifat Barat.

Mengenai dialog peradaban,masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu,Cina,India,pelbagai etnik peribumi di Sabah dan Sarawak serta etnik-etnik minoriti lain seperti masyarakat Siam di Kelantan,Kedah dan Perlis serta masyarakat Portugis di Melaka.Mereka mengamalkan pelbaggai budaya yang berbeza dan menganut pelbagai kepercayaa.Sekiranya perbezaan-perbezaan ini tidak ditangani secara bijaksana,maka ia boleh mencetuskan kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti peristiwa 13 Mei 1969 dan peristiwa Kampung Medan 4 Mac 2001.Untuk menjamin hubungan mesra antara kaum di Malaysia terus terpelihara,maka usaha-usaha ke arah memupuk persefahaman dan perpaduan serta memperteguhkannya mestilah dilakukan secara berterusan.Salah satu langkah terpenting yang boleh diambil untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini itu daripada berlaku adalah melalui perbincangan atau dialog.

Jihad ialah tuntutan Islam yang bertujuan membela dan mempertahankan hak semua orang tanpa mengira warna kulit dan anutan kepercayaan.Ia bersesuaian dengan misi Islam sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam.Semangat jihad yang kental dalam kalangan umat Islam akan menjamin kesejahteraan dan kedaulatan negara Islam,di samping dapat memelihara maruah ummah.Kekuatan semangat jihad juga akan dapat menggerunkan musuh-musuh yang berniat jahat untuk melaksanakn agenda mereka.Oleh sebab itu,masyarakat perlulah mempunyai semangat jihad yang kuat dalam diri sendiri untuk apa jua aspek demi kepentingan diri sendiri dan keselamatan masyarakat.

SEKIAN TERIMA KASIH.

SITI KHADIJAH BT JAMIL
2015250022

No comments:

Post a Comment