17/5/2016
Assalamualaikum wbt,
Hari ini saya telah mempelajari bab yang terakhir di dalam
sukatan pelajaran iaitu isu-isu semasa dan masa depan dialog peradaban .
kandungan di dalam bab ini lebih kepada tamadun Barat pada hari ini.
Pada sesi pembelajaran kali ini, saya dapat belajar tentang
nilai-nilai tamadun Barat. Antaranya ialah:
1. Tamadun Barat mengajar kita bagaimana untuk memenuhi nafsu yang bertentangan dengan nilai Islam yang mengajar kita bagaimana untuk mengawal nafsu.
2. Tamadun Barat juga mementingkan materialistik yang juga bertentangan dengan nilai Islam. Hal ini demikian kerana, Islam tidak menilai kepada luaran atau fizikal tetapi menilai dalaman seseorang seperti ketakwaan kita kepada Allah SWT.
3. Tamadun Barat memperkenalkan budaya hedonisme yang beermaksud pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Berbeza dengan agama Islam yang mengajarkan kita bahawa dunia ini bukanlah tempat untuk berseronok kerana alam dunia hanyalah tempat persinggahan. Alam yang kekal adalah alam akhirat.
' Dunia ini bukanlah tempat yang kita tinggal, tapi dunia inilah yang perlu kita tinggallkan'.
Antara kesan globalisasi yang paling besar pengaruhnya ialah budaya memakan makanan segera dan tidak berkhasiat seperti Mc'Donalds, Burger King dan minuman Coca Cola. Makanan ini bukan sahaja tidak bekhasiat malah dapat mengundang penyakit seperti obesiti dan diabetes. Adalah lebih baik kita mengamalkan pemakanan sunnah yang diamalkan oleh nabi Muhammad SAW seperti madu, kurma, kismis dan air nabeez. Pepatah arab ada mengatakan bahawa ' akal yang cergas berasal daripada badan sihat'.
FARAH ATIQAH BINTI ZAID @ MANSOR
2015218118
No comments:
Post a Comment