17 MEI 2016
Assalamualaikum ustazah dan semua sahabat. Alhamdulilah pada minggu ini kita semua telah memasuki bab terakhir iaitu Isu-isu semasa dan masa depan dialog peradaban. Perbincangan pada minggu ini sangat hangat kerana telah membuka pemikiran dan minda semua orang dalam kelas tentang tamadun barat.
Dengan bertopengkan dunia tanpa sempadan, kuasa-kuasa Barat khususnya Amerika Syarikat telah memperluas pengaruh hagemoninya dalam semua aspek kehidupan masyarakat dunia.Perkembangan sains dan teknologi yang begitu pesat sejak pertengahan abad ke-20 hingga kini berjaya dimanfaatkan Barat dalam memperluas pengaruh hagemoni dan neokolonilisme mereka. Barat memperalatkan sepenuhnya teknologi moden untuk memperkuatkan cengkaman mereka ke atas masyarakat dunia.Barat muncul sebagai sebuah kuasa dunia yang hegemonik apabila runtuhnya empayar Islam Turki Uthmaniyah pada tahun 1924M.Melalui penjajahan, penguasaan ekonomi,penguasaan media-media massa utama dunia dan yang terkini fenomena globalisasi, kuasa-kuasa Barat berjaya memperluas pengaruh hegemoni mereka ke serata dunia.
Imperialisme baharu merujuk fenomena kebangkitan semula rasa tamak dan keinginan kuasa Barat untuk memperluaskan semula pengaruh hagemoni mereka ke atas masyarakat dunia.Imperialisme baharu merupakan satu strategik kuasa Barat yang menggunakan hujah gerakan memerangi keganasan antarabangsa untuk menekan dan menguasai negara lain.Mereka bertindak sebagai polis dunia dan menganggap bahawa memerangi keganasan menjadi tanggungjawab mereka untuk memusnahkan senjata pemusnah besar-besaran yang dimiliki negara musuh yang boleh mengancam keselamatan dunia.Matlamat sebenarnya adalah untuk mengekalkan dan memperluas pengaruh hagemoni mereka.
Dengan menggunakan landasan globalisasi, Amerika Syarikat berjaya menyebar dan mengglobalkan nilai-nilai dan amalan hidup mereka ke seluruh dunia.Melalui globalisasi juga,Amerika Syarikat berjaya memantau dan menguasai ekonomi,politik,budaya dan pemikiran masyarakat dunia supaya selari dengan kehendak mereka.
Masyarakat Barat hari ini keterlaluan mementingkan material berbanding spiritual.Nafsu dijadikan sebagai pedoman hidup dan mereka sentiasa berfikir serta mencari jalan bagaimana untuk memenuhi tuntutan nafsu dan bukan bagaimana untuk mengawalnya.Masyarakat Barat begitu bebas dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan.Fenomena ini dipertontonkan kepada masyarakat dunia melalui filem-filem dan program-program realiti televisyen mereka.Sebahagian besar program televisyen yang ditayangkan di kaca televisyen rumah kita adalah terbitan syarikat-syarikat perfileman Barat.
Manakala dari segi budaya fesyen,pihak Barat menguar-uarkan bahawa cara berpakaian dan produk pakaian keluaran mereka sebagai berkualiti serta merupakan yang paling baik di dunia.Serentak dengan itu,mereka melambakkan ke pasaran dunia pelbagai jenama pakaian mereka seperti Pierre Cardin,Y.Saint Lawrence,Cocoproco,Lewis dan lain-lain.Jenama pakaian berkenaan menjadi kegilaan anak-anak muda yang telah terpengaruh dengan budaya Barat.Contohnya,amat jarang dalam kalangan generasi muda Melayu hari ini yang bersongkok dan mengenakan pakaian baju Melayu ketika ke masjid atau surau.Mereka hanya mengenakan pakaian tradisional tersebut untuk majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan dan hari raya sahaja.
Kesimpulannya,Barat telah menjajah kita dari pelbagai segi secara halus tanpa disedari oleh masyarakat terutama anak-anak muda. Oleh itu, ayuhlah sedar dan berubah demi kebaikan diri sendiri dan ubahlah kehidupan orang lain jika mampu.
SEKIAN TERIMA KASIH
SITI KHADIJAH BT JAMIL
2015250022
No comments:
Post a Comment