Tuesday, 10 May 2016

Refleksi Mingguan Tamadun Cina

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum w.b.t

Syukur Alhamdulillah hari ini saya telah pelajari bab tamadun china. Huang Di iaitu  "Maharaja Kuning" adalah raja China yang pertama. Pada zaman pembinaan, muncul zaman dinasti Hsia, Shang, Chou,Chin Dan Han, Sui, Tang. Sistem yang digunakan adalah sistem beraja feudal. Peperangan adalah penting bagi mereka. Muncul falsafah confucious, taoisme, legalisme and the hundred school of thought.

Zaman keagungan bermula dengan disnasti Chin, Han dan Tang. Zaman keemasan kerana pencapaiannya dalam pelbagai bidang seperti sains, kesusasteraan, pentadbiran dan agama. Penciptaan yang baru adalah seperti sistem tulisan, alat cetak dan kompas. Pada zaman peralihan berlakunya pencerobohan orang gasar ke atas china. Diperintah oleh orang luar buat pertama kalinya. Pada abad ke-13 ditaluk oleh Monggol ketika pemerintahan Dinasti Sang. China kembali berkuasa pada abad ke-15 dengan kemunculan dinasti ming. Kemudian diperintah oleh orang Manchu pula.

Pada zaman moden, China dikalahkan dengan perang chandu. Mula pengaruh barat dan China melancarkan "gerat menguat diri" dan "reformasi 100 hari". Maharaja diberi kuasa untuk melantik pentadbir. Seterusnya, menukar sistem hierarki kepada sistem president. President mempunyai kuasa gugurkan ahli. Agama buddha berkembang bermula semasa pemerintahan dinasti han. Buddha banyak dipengaruhi oleh agama hindu.

Pemikiran falsafah China:
-Confuciousnisme > berkelakuan baik
-Legalisme > pentingkan undang-undang
-Taoisme > dualism(dua benda yang berbeza tetapi bergerak sekali)
-Maoisme > ideologi komunis
- Agama lain dan polisi beragama.

tokoh-tokoh dalam tamadun china;
*Laksamana Cheng Ho
*Yusuf Ma Zhu
*Liu Zhi

AINA FAQIHAH BINTI MD SEHAIMI
2015686392

No comments:

Post a Comment