Tuesday, 10 May 2016

Refleksi Mingguan

10 MEI 2016

Assalamualaikum ustazah dan semua sahabat. Pada minggu ini kita telah mempelajari bab Tamadun China.

Tamadun China merupakan salah satu daripada tamadun terawal di dunia.Peradaban yang mula-mula di negara China ialah di Sungai Kuning di utara,kira-kira 4000-2000SM. Raja China yang pertama ialah Huang Di, kira-kira 2697SM. Beliau dianggap pemimpin yang berwibawa dan terkuat di Lembah Sungai Kuning sehingga mendapat gelaran Maharaja Kuning.

Tamadun China juga mengkelas masyarakat mereka mengikut golongan pekerja yang dilakukan seperti yang dilakukan semasa tamadun India.Susun lapis masyarakat cina zaman Feudal terbahagi kepada empat iaitu yang atas sekali ialah golongan bijak pandai,golongan petani,golongan artisan dan tukang dan akhir sekali golongan pedagang.

Tamadun China mempunyai kesenian kaligrafi yang merupakan seni khat yang menggunakan berus Cina dan telah digunakan selama 4000 tahun dalam penulisan. Asas kaligrafi terdiri daripada garis dan bentuk. Kaligrafi menekankan keharminian, keseimbangan ,gerak hati dan momentum semasa menulis.


SEKIAN TERIMA KASIH

SITI KHADIJAH BT JAMIL
2015250022

No comments:

Post a Comment