1) Isu- isu kekeluargaan
Keluarga bermasalah adalah keluarga yang mempunyai krisis yang meruncing di dalam rumah tangga akibat daripada masalah keluarga. Antara isu kekeluargaan adalah seperti perceraian dan lari dari rumah.
Punca lari dari rumah
-Keluarga tidak aman
-Perceraian
-Perbezaan nilai antara generasi
-Pengaruh rakan sebaya,teman lelaki atau teman wanita
Kesan-kesan lari rumah
-Gagal dalam pelajaran
-Terlibat dalam gejala sosial yang melibatkan remaja
Cara Menangani Masalah
-Ibu bapa hendaklah meluangkan masa bersama anak-anak walaupun dalam keadaan sibuk
-Masyarakat sekeliling seharusnya prihatin dan mengambil berat walaupun kawasan jiran tetangga
2) Isu-Isu Keganasan
Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim
seperti pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk
mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak.
Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan
ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah.
Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain
mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.

Kesan – kesan
1. Keselamatan negara tidak terjamin akibat
keganasan. pergolakan politik akan menyebabkan rakyat
melakukan keganasan. Ucapan yang berapi-api oleh
pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya.
Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya melakukan
keganasan. Sebagai akibatnya, mereka yang menyertai
tunjuk perasaan akan bertindak liar seperti merosakkan
harta benda dan melakukan pembunuhan. Keadaan ini
mengancam keselamatan rakyat dan negara.

2. Mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan
diri.Mangsa perang sentiasa dibayangi maut. Mereka
mungkin dibunuh oleh askar-askar pihak lawan. Untuk
mengelakkan serangan bom, penduduk terpaksa
bersembunyi di tempat perlindungan yang dibina khas jika
ada. Jika tidak, rakyat terpaksa melarikan diri ke kawasan
yang selamat dengan berjalan kaki beratus-ratus kilometer
jauhnya. Mangsa yang tidak berdosa akan kehilangan
tempat tinggal. Mereka juga kehilangan orang yang
tersayang kerana terkorban dalam peperangan. Dalam
keadaan sedemikian, tidak ada hak kebebasan diri lagi.
Tidak ada pihak yang dapat menjamin keselamatan
seseorang.

Langkah – langkah/cara mengatasi
1. Penguatkuasaan undang-undang penting untuk
mengatasi keganasan.Pihak polis dan tentera harus
bertindak dengan cepat terhadap keganasan. Keganasan
yang kecil juga harus dibanteras. Hal ini demikian kerana
tanpa tindakan awal, keganasan akan merebak sehingga
hilang kawalan. Mereka yang mencetuskan rusuhan dan
tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman berat. Negara-
negara harus menggubal undang-undang khas untuk
membolehkan tindakan segera diambil terhadap pengganas.
Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan kerajaan
mengambil tindakan segara terhadap mana-mana pihak
yang mengancam keselamatan negara. Dengan cara inilah
keselamatan dan keamanan negara dapat dikekalkan.
2. Kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi
keganasan.semua negara perlu bekerjasama untuk
membanteras keganasan yang ada rangkaian
antarabangsa. Jabatan perisikan negara-negara perlu
bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang
diperoleh. Negara-negara yang terlibat harus menggiatkan
latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera.
Negara-negara di dunia juga boleh menyekat aliran wang
kumpulan pengganas.

Faktor – faktor
1. Terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela
dalam diri. perasaan marah yang sememangnya dibekalkan
oleh Allah dalam diri setiap manusia, sekiranya tidak dikawal
bahkan menguasai diri, akan membawa kepada kebinasaan
sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau
kepada orang lain dan benda-benda lain yang ada
disekelilingnya. Kemarahan yang tidak dikawal, memberi
impak yang cukup besar dalam kehidupan seharian
seseorang itu. Sekiranya kemarahan menguasai kelompok
atau jumlah individu yang ramai, maka kemusnahan yang
akan terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia menyebabkan
peperangan sehingga berupaya memusnahkan sebuah
Bandar, bahkan sesebuah Negara dan sebuah tamadun.

2. Sikap tamak yang menguasai diri. Sikap tamak dalam diri
seseorang menyebabkan timbul rasa untuk menguasai
sesuatu. Maka dari situlah timbul niat untuk memerangi
seseorang ataupun sesebuah Negara untuk mendapatkan
apa yang dikehendakinya itu. Secara tidak langsung,
keganasan juga akan berlaku dalam masa tersebut demi
untuk mencapai matlamatnya. Sikap tamak terhadap kuasa
dan kekayaan membuta mata seseorang sehinggakan tidak
dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk.
Mereka tidak lagi peduli akan kesan daripada keganasan
yang akan berlaku itu nanti.
No comments:
Post a Comment