Tuesday, 22 March 2016

REFLEKSI MINGGUAN (Pengenalan Tamadun Islam)


Pada minggu ini, sz mengingatkan kami tentang betapa pentingnya selawat. Kalau boleh sentiasa berselawat supaya terhindar atau dijauhi dari segala malapetaka atau permasalahan. 

Pada minggu ni sz refresh balik apa yang kami telah pelajari dari bab 1 dan menjawab soalan2 yang sz bagi kepada kami. Soalan pertama ialah bagaimana wujudnya tamadun yang sejahtera dengan adanya seorang pemimpin yang menyediakan semua keperluan yang diperlukan. Soalan kedua adalah faktor lahirnya tamadun yang berkait dengan pertempatan, hidup bermasyarakat dan ilmu. Selain itu, faktor lenyap tamadun berlaku kerana adanya jurang kaya dan miskin serta kelemahan pemimpin. 

Pada masa yang sama, kami mempelajari sedikit pengenalan bab tamadun islam. Tamadun islam dibina berasakan Allah. 4 golongan yang membangkitkan tamadun islam adalah ilmunya para ulama', dermawannya orang kaya, doa orang miskin dan adilnya para pemerintah. 


AINA FAQIHAH BINTI MD SEHAIMI 
2015686392

No comments:

Post a Comment