22 MARCH 2016
Assalamualaikum ustazah
dan semua sahabat. Pada minggu ni kita telah memasuki bab Tamadun Islam. Apa
yang saya ingin kongsikan ialah jalan untuk kita mencapai matlamat mengikut
tamadun Islam ialah sentiasa menjaga hubungan baik dengan ALLAH SWT, hubungan
baik sesama manusia dan hubungan baik dengan seisi alam. Hubungan baik dengan
Allah SWT boleh dicapai melalui pelaksaan ibadat khusus seperti yang terkandung
dalam syariat Islam seperti solat dan puasa. Manakala hubungan manusia dengan
sesama manusia boleh dicapai dengan cara saling menghormati dan berbuat baik
antara satu sama lain.
Doa yang baru saya
peroleh semasa dalam kelas yang perlu diamalkan selalu sebelum melaku sebarang
pekerjaan ialah:
Ya Allah aku
berlindung daripada menyesatkan orang atau menyesat.Ya Allah aku berlindung
daripada dihina atau menghina orang.Ya Allah aku berlindung daripada
diperbodohkan. Ya Allah aku berlindung daripa menzalimi orang atau dizalimi
oleh orang.
Selain itu,saya juga ingin berkongsi beberapa faktor yang menyebabkan seseorang merasai kurang bahagia seperti:
-Sikap kurang tafakur adalah menyebabkan
manusia semakin jauh dari Allah dan tidak menemui kebahagiaan yang sebenar
menyebabkan manusia tersebut sering bersikap tidak berpuas hati dalam apa jua
yang diperolehi.-Sikap sombong kepada Allah dan sesama manusia ialah punca
utama tutup ruang kebahagiaan yang patut dirasai oleh semua orang.
Satu perkara yang paling terkesan di hujung kelas yang disebut ustazah ialah makanan paling kenyang bagi syaitan ialah masa lapang seseorang.Ini dapat disimpulkan bahawa kita tidak seharusnya mensia-siakan waktu lapang itu dengan perkara tidak berfaedah.Seharusnya kita perlulah menmanfaat peluang itu melakukan amal ibadat atau membaca bahan ilmiah yang bermaanfaat.
Antara golongan yang membangunkan tamadun ialah
-ilmu para ulamak
-doa orang miskin
-adil para pemerintah
-dermanya orang kaya
Antara momokkan orang barat tentang agama Islam ialah
-Hasutan tentang
pengajaran
-Ukuran kejayaan
tamadun ialah takwa
-Tamadun Islam adalah
campuran tamadun lepas
-Tamadun Islam
tersebar dengan mata pedang iaitu penuh dengan peperangan dan keganasan
SEKIAN TERIMA KASIH
SITI KHADIJAH BT JAMIL
2015250022
No comments:
Post a Comment