Tuesday, 22 March 2016

TAMADUN ISLAM ( Pengenalan Tamadun Islam)

22/3/2016
Refleksi Mingguan
  Assalamualaikum w.b.t, Apa yang saya dapat pada pembelajaran ini ialah islam bermaksud agama yang menyerah diri kepada Allah s.w.t. Islam bukanlah hanya sekadar agama. Ia adalah sebagai satu cara hidup yang tidak bertentangan dengan fitrah manusia. Konsep tamaduan Islam berlainan dengan tamadun-tamadun yang lain kerana ia berlandaskan wahyu. Ia juga tidak seperti tamadun Yunani dan Rom yang telah mati kerana tiada bahasa yang dipertuturkan sekarang. Tamadun Islam tidak akan mati kerana ia berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Ia juga tidak boleh diubah dan relevan sepanjang zaman.Tamadun Islam juga dibangunkan oleh pelbagai bangsa.


Terdapat empat(4) golongan yang menyebabkan bangkitnya sesebuah tamadun iaitu:
1. Para ulama yang berilmu
2. Orang kaya yang dermawan
3. Doa orang miskin
4. Keadilan pemimpin


  Terdapat beberapa kekeliruan yang telah dimomokkan oleh para orientalis barat. Antaranya ialah tamadun Islam sama dengan tamadun lain, ukuran kejayaan sesebuah tamadun berdasarkan aspek kebendaan, tamadun Islam adalah campuran tamadun-tamadun yang lepas dan tamadun Islam tersebar dengan mata pedang.

   Pada pembelajaran kali ini juga saya sedar bahawa tamadun Islam tidak akan tersebar tanpa Nabi Muhammad SAW. Baginda banyak berkorban demi kesejahteraan dan kesenangan umatnya. Tanpa Nabi Muhammad SAW siapalah kita. Saya juga sedar bahawa pada zaman Rasulullah SAW adalah zaman kegemilangan sebenar umat Islam kerana adanya baginda

Rasulullah bersabda
Sebaik-baik zaman adalah zaman aku.
FARAH ATIQAH BINTI ZAID @ MANSOR
2015218118

No comments:

Post a Comment