Refleksi Mingguan (3/5//2016)
ASSALAMUALAIKUM WBT.
Alhamdulillah, harini saya telah pelajari bab tamadun melayu. Malaysia adalah sebuah negara yang sangat berkait dengan tamadun melayu dan orang melayu sangat berkait dengan para nabi. Teori kedatangan islam ke tanah melayu adalah dari India, Cina dan Arab.
Orang melayu yang islam datang dari orang arab. Islam masuk tanpa perang di rantau melayu. Tamadun melayu adalah di bawah naungan Khalifah Uthmaniyah. Sistem pemerintahannya adalah bertulis. Mempunyai undang-undang laut Melaka, Hukum kanun Melaka, Undang-undang 99, undang-undang Kedah, hukum kanun Pahang dan lain-lain.
Tamadun melayun boleh meluaskan empayar dan berkembang kerana berteraskan agama Islam. Orang melayu berpegang dengan ajaran Islam. Undang-undang juga berteraskan Islam dan mengikuti syariat Islam. Selain itu, pelbagai kegiatan ekonomi di tanah melayu dan tanah adalah dari sumber alam semulajadi. Sistem mata wang mempunyai sumber kewangan yang terurus dan adil.
Pada masa yang sama, apa yang saya dapat dari ustazah ialah tentang tips-tips menempuh bulan ramadhan. SZ memberi nasihat kepada kami untuk solat diawal waktu dan jangan sesekali lengahkan solat jika tiada sebab yang munasabah atau berat. Ganti puasa yang mana masih tidak habis ganti dan kurangkan makan untuk terbiasa supaya dapat menempuh bulan puasa dengan baik.
SZ juga menekankan bahawa kekuatan dan kekuasaan hanya ada satu iaitu Tuhan.
AINA FAQIHAH BINTI MD SEHAIMI
2015686392
No comments:
Post a Comment