Tuesday, 3 May 2016

Refleksi mingguan

3 MEI 2016

Assalamualaikum ustazah dan semua sahabat. Pada minggu ini tibanya giliran kumpulan lain untuk membentangkan tajuk seterusnya iaitu tajuk Tamadun  Melayu. Alhamdulilah saya dapat lihat persiapan yang dilakukan oleh kumpulan ini untuk berkongsi ilmu tentang Tamadun Melayu lebih baik daripada persiapan kumpulan kami kerana sudah dapat lihat bagaimana perjalanan untuk membentangkan dan mengambil teguran ustazah terhadap kumpulan kami utk penambaikan kumpulan mereka.

Kesimpulan yang boleh saya buat daripada kumpulan ini ialah :-

Bangsa Melayu terdiri daripada dua kumpulan besar.
  • Kumpulan pertama ialah kumpulan Melayu Proto seperti orang Asli yang datang dari kawasan pergunungan Himalaya dan menggunakan teknologi batu. Melayu Proto berasal daripada keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. 
  • Kumpulan kedua ialah kumpulan Melayu Deutro seperti orang Melayu biasa atau Melayu induk yang datang sekitar Kemboja dan menetap di Nusantara.Mereka menggunakan teknologi besi.
Ekonomi
  • Tamadun Melayu berjaya mengerakkan ekonomi orang Melayu ke persada serantau dan antarabangsa. Kegiatan ekonomi dalam tamadun Melayu telah mencapai tahap cemerlang dengan penggunaan mata wang. Pemerintahan Melayu telah berjaya mencipta mata wang yang digunakan dalam perdagangan terutamanya di pelabuhan. Antara mata wang yang dapat dikesan ialah mata wang Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Acheh Darussalam.

Penerapan nilai-nilai Islam yang telah menjadi akar umbi kawalan terhadap semua dasar dan polisi yang dijalankan oleh kerajaan telah menampakkan kepada kita peranan agama Islam dalam pembentukan negara Malaysia. Nilai-nilai Islam yang suci dan universal telah dapat diterima oleh semua bangsa majmuk yang tinggal dalam negara ini. Nilai-nilai Islam yang berasaskan tauhid dan mencakupi semua aspek kehidupan manusia telah menjadi satu mekanisme kawalan dan panduan bagi kakitangan kerajaan dalam menjalankan tugas mereka. Keistimewaan agama Islam yang menjadi identiti bangsa Melayu telah menjadikan tamadun Melayu sebagai asas tamadun Malaysia.

SEKIAN TERIMA KASIH

SITI KHADIJAH BT JAMIL
2015250022

No comments:

Post a Comment