Tuesday, 5 April 2016

Refleksi Mingguan (Tamadun Islam -Ekonomi )

5/4/2016

Assalamualaikum w.b.t

Apa yang saya dapat dari pembelajaran ialah mengetahui dari sudut ekonomi dan sosial dalam Tamadun Islam.

Apa yang saya terkesan ialah pada Tamadun ini mereka menitikberatkan ilmu .Mereka telah mewujudkan institusi pendidikan seperti perpustakaan , suffah ,kuttab dan lain-lain. Selain daripada tempat ibadah, masjid juga merupakan salah satu tempat yang digunakan sebagai mesyuarat, institusi pendidikan. Bahawa pentingnya ilmu sebagai khalifah di muka bumi ini.

Selain itu , saya juga dapat dapat mengetahui ekonomi-ekonomi dalam Tamadun Islam juga.Di zaman Rasulullah,hanya zakat dikenakan pada golongan muslim sementara cukai dikenakan pada golongan bukan muslim

1)jizyah
2)kharaj
3)usyur

Kita juga hendaklah mencontohi zaman Tamadun Islam ini semangat mempertahankan agama . Mereka tidak berasa takut untuk  menentang mereka yng ingkar agama Islam malah lebih bersemangat yang dapat ditunjukkan dalam perang badar,perang khandak dan lain-lain. Strategik yang digunakan serta yakin dengan Allah membuatkan saya lebih inspirasi dengan tamadun ini.

'' Belajar dari zaman dahulu untuk maju ke hadapan''..

Nur Amirah Dalilah Binti Nor Azmi
2015283538

No comments:

Post a Comment