Tuesday, 22 March 2016

REFLEKSI MINGGUAN (Pengenalan Tamadun Islam)

Assalamualaikum (22/3/2016)

Apa yang saya dapat dari proses pembelajaran ialah ustazah membincangkan balik jawapan iaitu Faktor lenyapnya tamadun salah satunya kelemahan pemimpin yang membezakan antara jurang kaya dan miskin.Faktor pendorong lahirnya tamadun ialah berilmu .Untuk membina tamadun yang sejahtera perlulah meningkatkan ilmu pengetahuan serta mengembangkan potensi diri.Seterusnya untuk membina tamadun yang stabil,perpaduan kaum perlulah diwujudkan dan akhir sekali,untuk pelan tindakan mahasiswa pada masa sekarang ialah saya sendiri perlu berubah mengembangkan potensi diri kerana saya merupakan peneraju pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya ,apa yang saya dapat dalam proses pembelajaran ialah apabila dikaitkan dengan tamadun islam ialah Allah . manusia mendapat wahyu daripada Allah berlandaskan al-quran. Tamadun Islam iaitu cara hidup dan bukan dibangunkan oleh pelbagai bangsa.

Seterusnya,apa yang saya dapat salah paham orang ramai terhadap tamadun Islam ialah:

1. Keukuran kejayaan tamadun merujuk kepada aspek kebendaan.
-Ini kerana orang Barat kata bahawa zaman yang paling berjaya ialah zaman Abasiyyah dan kita percaya sebulat-bulatnya tanpa memeriksa sejarah tamadun.Padahal,zaman Rasulullah adalah zaman paling gemilang, Siapa kita jika tanpa Rasulullah.

"Islam akan nampak kering tanpa Nabi Muhammad

2.Tamadun Islam campuran tamadun-tamadun yang lain

Kita sendiri boleh kaji sendiri melalui al-quran

3.Tamadun Islam tersebar dengan mata pedang
-Mereka berkata tamadun islam ini disebar kerana unsur penjajahan

Jadi,kita seharusnya perlu memahami apa itu sebenarnya Tamadun Islam dengan jelas dan apa tujuan sebagai manusia supaya kita tidak senang ditipu dan dipedayakan oleh nagara2 barat.

"Kita sebagai peneraju masa hadapan,kita hendaklah berusaha dalam membaiki diri dan bertanggungjawab  dalam menegakkan agama Islam

Nur Amirah Dalilah Binti Nor Azmi
2015283538


No comments:

Post a Comment